Saat Malaysia mengesahkan bakal menggunakan sistem Video Assistant Referee (VAR) pada hujung tahun ini, ia sebenarnya telah menarik perhatian media Indonesia untuk turut memberi pandangan mereka tersendiri.
Menurut Bola.com, bola sepak di Indonesia kini akan semakin ketinggalan di belakang Malaysia selepas mereka masih lagi tiada ura-ura untuk menggunakan sistem VAR pada masa akan datang.
Sistem VAR Akan Tiba Di Liga M Penghujung 2023 Inihttps://t.co/H5tvhL3Ri1
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 20, 2023
Walaupun pernah dibincangkan sebelum ini di sana, ianya hanya sekadar menjadi buah bicara yang tidak diketahui bila akan mula dilaksanakan pada masa akan datang.
Bawah kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir selaku Ketua Umum, beliau mendedahkan VAR bukan keutamaan buat dirinya kini.
“Ianya memerlukan waktu kerana ketika ini tak semua stadium sesuai untuk dipasang sistem tersebut menerusi kriteria diperlukan.
“Apa yang diperlukan saya untuk buat ketika ini menyusun atur perlawanan terlebih dahulu sehingga berlangsung dengan baik, baru fokus kepada VAR,” jelas beliau.
Paling Awal VAR Diguna Di Liga M Adalah Di Final Piala Malaysia 2023?https://t.co/zPak5G6mRM
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 26, 2023
Saingan Liga Malaysia (Liga M) kini dilihat bakal mengalami perubahan baharu dengan sistem VAR dijangka akan mula beroperasi pada penghujung tahun 2023.
Walaupun begitu, ia sebenarnya masih lagi belum ada tanda-tanda untuk penggunaan sistem tersebut pada masa terdekat dengan banyak lagi perkara perlu dianalisa terlebih dahulu termasuk kesesuaian setiap stadium di Malaysia.
Apapun, ia tetap merupakan usaha terbaik yang dilakukan kini oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk terus menaikkan lagi mutu sukan tersebut di mata dunia.
Selain Malaysia, negara Asia Tenggara lain iaitu Vietnam juga dilaporkan bakal mengalami perubahan tersebut dengan pegawai-pegawai mereka yang terlibat sudah pun dihantar menjalani kursus ketika ini.
Dua negara jiran Malaysia iaitu Thailand dan Singapura pula sudah pun menggunakan sistem tersebut dalam saingan liga mereka dan setakat ini segalanya berjalan dengan begitu lancar.
Safawi Rasid yang kini beraksi di Thai League 1 bersama Ratchaburi Mitr Phol antara pemain Malaysia yang sudah merasai sistem tersebut, dan jaringan sulungnya terbatal ketika itu kerana VAR.
Pemain tersebut juga mengakui sistem penggunaan VAR sebenarnya sangat penting untuk setiap saingan liga ketika ini dan menyedari ianya membawa kesan positif di atas padang dengan keputusan dibuat lebih adil buat semua pasukan.
Safawi Akui Sedih Gol Pertama Beliau Di Thailand Batal Kerana VARhttps://t.co/HpzTKOs7fP
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 25, 2023
Persoalannya kini, adakah pelaksanaan VAR mampu diadakan pada hujung tahun ini, atau berkemungkinan ianya akan memerlukan lebih masa untuk diteliti dari segi pelbagai aspek sebelum sedia digunakan.