Selangor Akhirnya Bagi Penyokong Tonton Aksi Pra Musim Tetapi Dengan Satu Syarat

Sepanjang pra musim ini, Selangor dilihat begitu berahsia dalam melalukan persiapan menjelang Liga Super 2023.

Kesemua aksi persahabatan mereka dilakukan secara tertutup tidak kira dekat Malaysia atau sewaktu di Thailand – tahu tahu, keluar keputusan saja.

Satu-satunya aksi pra musim mereka yang dapat ditonton secara terbuka ketika menyertai Piala Harapan di Pulau Pinang.

Ketika itu, Selangor muncul naib juara selepas kalah kepada tuan rumah iaitu Penang menerusi jaringan berganda Soony Saad.

Tindakan Selangor itu mengundang rasa tidak senang penyokong mereka. Disaat penyokong lain dapat menyaksikan aksi pasukan mereka berdepan pelbagai pihak lawan, peminat Selangor terpaksa menunggu kelab mengemaskini keputusan akhir.

Akan tetapi, akhirnya Selangor berlembut hati untuk membuka pintu stadium mereka kepada penyokong apabila aksi menentang Imigresen akan diadakan dengan penyokong tetapi bersyarat.

Perlawanan diadakan secara percuma bagaimana pun ada ‘pengerasnya’ apabila Selangor hanya membenarkan penyokong yang sudah membeli jersi utama (home jersey) musim 2023 sahaja untuk memasuki Stadium MBPJ pada malam esok.

Selain itu, mereka juga turut membenarkan mereka yang sudah membeli jersi utama Selangor tetapi belum lagi menerima tempahan mereka.

Untuk itu, Selangor meminta mereka menyediakan bukti pembelian jersi tersebut.

“Khas untuk pemilik Jersi Home SFC 2023 SAHAJA, anda berpeluang untuk menyaksikan Perlawanan Persahabatan antara Selangor FC menentang Imigresen FC secara percuma pada hari esok, pukul 9:00 PM.

“Bagi yang masih belum menerima Jersi Home SFC 2023 lagi, anda boleh menunjukkan bukti pembelian,” kata Selangor menerusi Twitter mereka.

Perlawanan menentang Imigresen ini adalah aksi pra musim terakhir Selangor sebelum turun menentang Kelantan United dalam aksi pertama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN