Kini ianya jelas, terang dan nyata. Itulah yang boleh digambarkan buat skuad B-23 Malaysia kendalian E. Elavarasan mengenai sasaran mereka di Sukan SEA yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bakal diadakan di Kemboja pada Mei ini, Malaysia pasti mahu merampas kembali pingat emas acara bola sepak yang selepas kali terakhir memperolehnya pada 2011 di Jakarta.
Sejak daripada itu, tiada sekali pun bayangan pingat emas atau perak singgah ke jangakauan Malaysia.
Lebih malang, Harimau Muda turut dinafikan dua kali untuk mendapatkan pingat gangsa ketika Sukan SEA 2013 dan edisi 2021 semasa Vietnam menjadi tuan rumah.
Kini, Elavarasan mensasarkan untuk memastikan Malaysia kembali teguh dalam kejohanan dwitahunan itu.
Sasarannya untuk Sukan SEA pertamanya sebagai jurulatih B-23 Malaysia adalah jelas – mahu terus ke perlawanan akhir.
Sasaran itu dilihat jelas dengan dalam masa yang sama, secara halusnya, Elavarasan berkemungkinan turut memburu pingat emas.
SEA Games target have been set. The aim is final and to do better than 2022. pic.twitter.com/rLeL0c8U84
— T. Avineshwaran (@avineshW90) February 20, 2023
Namun kerana tidak mahu meletakkan satu tekanan yang tinggi kepada anak-anak buahnya, beliau cuma mengatakan yang berjaya mara ke perlawanan akhir sudah cukup.
Bercakap kepada media tempatan di Wisma FAM hari ini, Elavarasan juga berazam untuk menghasilkan prestasi yang jauh lebih baik buat skuad muda negara dalam kejohanan Sukan SEA ini.
Ia boleh dijadikan sebagai batu loncatan kepada permulaaan yang lebih baik buat skuad muda negara dalam pelbagai kejohanan baik di peringkat Asia Tenggara atau pun Asia.
Sukan SEA Kemboja akan diadakan pada 5 hingga 17 Mei 2023.