Penampilan Pertama Elkan Baggott Gagal Bantu Cheltenham Town Raih Sebarang Mata

Pertahanan Indonesia, Elkan Baggot nampaknya tidak menikmati musim beliau dengan baik pada awal tahun ini bersama kelab baharu diwakilinya secara pinjaman iaitu Cheltenham Town.

Bersama Cheltenham, karier Baggott dilihat sedikit sepi selepas beliau menjalani musim yang menakjubkan bersama Gillingham FC musim lalu dalam saingan EFL League Two.

Tahun ini, beliau kembali dalam aksi EFL League One selepas kelab asalnya iaitu Ipswich Town meminjamkan Baggott kepada Cheltenham untuk terus mengembangkan karier beliau.

Selepas beberapa aksi tanpa membabitkan Baggott, akhirnya pemain tinggi lampai itu buat julung kalinya dipilih dalam senarai kesebelasan utama baru-baru ini untuk menentang Barnsley untuk aksi liga.

Dalam aksi yang berlangsung di Whaddon Road Stadium itu, Cheltenham telah pun dimalukan Barnsley menerusi keputusan penuh 0-4 serta tampil dengan serba goyah.

Malah pasukan yang diwakili Baggott itu juga sudah pun bolos sejak awal separuh masa pertama dengan tiga gol diledak oleh pasukan lawan.

Seawal lapan minit permainan lagi Cheltenham telah pun dibolosi menerusi penyerang lawan James Norwood, sebelum Herbie Kane menggandakan kedudukan.

Pada minit ke-36, giliran pemain tengah Barnsley iaitu Adam Phillips pula menambH luka buat Cheltenham sebelum gol terakhir mereka diledak oleh Jordan Williams pada minit ke-74.

Dalam aksi tersebut, Baggott jelas tidak dapar mempamerkan aksinya yang terbaik dan beliau tidak bermain penuh selepas digantikan oleh Charlie Raglan pada minit ke-72

Kekalahan tersebut menyaksikan Cheltenham terus dihambat dengan kedudukan liga yang hambar selepas mereka menghuni tempat ke-19 kini bersama 33 mata sahaja.

Menurut pengendali kelab iaitu Wade Elliot, beliau sangat kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh para pemainnya sehinga menyebabkan kekalahan besar turut berlaku menerusi Bola.com.

Misi Baggott sebelum ini untuk membantu Cheltenham elak daripada kedudukan tercorot liga dilihat agak sukar berdasarkan prestasi ditampilkan mereka dalam beberapa perlawan sebelum itu.

Apapun, positifnya beliau dilihat sudah mula mendapat tempat di kesebelasan utama untuk kembali menyesuaikan diri dalam persaingan EFL League One dengan lebih baik pada masa akan datang.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN