‘Dia Sedang Tidak Gembira’ – Klopp Dedah Situasi Terkini Berkait Bintang Utama Liverpool

Jurgen Klopp menjelaskan tentang mengapa Fabio Carvalho tidak tersenarai dalam skuad utama Liverpool dengan pengurus dari Jerman itu mendedahkan bahawa bintang muda itu sedang tidak gembira di Anfield.

Bintang berusia 20 tahun itu telah diketepikan dari senarai skuad utama The Reds ketika aksi kemenangan 2-0 mereka menewaskan Everton kemarin.

Liverpool dalam perlawanan itu berjaya mendapatkan semula khidmat pemain seperti Diogo Jota, Virgil van Dijk dan Roberto Firmino yang baru pulih dari kecederaan.

Fabio Carvalho sementara itu berpotensi untuk sekali lagi tidak diturunkan dalam aksi saingan Premier League minggu ini bertemu Newcastle United.

Bekas bintang Fulham itu merupakan watak penting Liverpool ketika aksi pertemuan antara kedua-dua pasukan itu pada Ogos lalu dengan beliau meledak gol kemenangan The Reds di Anfield selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Namun begitu, sejak menjadi wira ketika bertemu Newcastle itu, beliau sepertinya semakin hilang tempat dengan Carvalho hanya beraksi tiga minit sahaja dalam saingan Premier League ketika bertemu Nottingham Forest pada Oktober lalu.

Fabio Carvalho hanya lapan kali sahaja diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool dari awal beliau ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas lalu dari Fulham.

Ketika menjelaskan tentang bagaimana hebatnya bakat yang dimiliki oleh Carvalho, Klopp turut mendedahkan yang bintang muda itu sedang tidak gembira di Anfield pada ketika ini.

Klopp menyatakan yang Fabio Carvalho sedang tidak gembira di Anfield kerana beliau kurang mendapat tempat dalam skuad utama.

“Fabio merupakan pemain yang sangat muda dan ada bakat yang begitu besar.”

Jelas pengurus Liverpool itu.

“Dia bermain dengan sangat baik untuk kami dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Sekarang situasinya adalah kita perlu bina skuad dan dia gagal untuk masuk ke skuad itu. Itulah apa yang terjadi.”

“Dia jarang bermain kerana dari sudut pandangan saya kami perlukan skill yang berbeza ketika kami mulakan permainan ataupun ketika kami membuat pertukaran dalam sesebuah perlawanan. Itulah apa yang saya lakukan.”

“Dia tiada masalah. Dia sudah banyak berubah dan sangat berkembang. Dia seorang budak yang sangat baik dan tidak kira di padang, dalam kalangan pasukan dan semuanya baik-baik sahaja.”

Klopp turut menambah lagi bahawa:

“Jelas sekali dia sedang sangat tidak gembira sekarang. Kamu tak boleh nampak itu di atas padang atau ketika saya melihat dia. Ia tidak begitu ketara, tapi saya boleh bayangkan itu kerana pemain bola memang selalu nak main dan dia tak dapat minit permainan.”

“Ia tak begitu membantu tapi itulah hal yang perlu kamu lalui dalam karier kamu. Bagi saya dia pada ketika ini melalui hal tersebut dengan sangat baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN