Bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo mengakui dirinya tidak pernah mempunyai sebarang masalah perselisihan faham bersama jurulatih Indonesia iaitu Shin Tae-yong.
Jelas Park, kadangkala perselisihan kecil itu merupakan sesuatu yang normal bila ia membabitkan hubungan antara beliau dengan sesiapa pun.
Tidak kira bagaimanapun kita membenci beliau, kita harus menerima hakikat beliau berjaya mentransformasi Vietnam ke satu tahap yang sangat baik.
🏆 Juara Piala AFF 2018
⚽️ Layak ke suku akhir Piala Asia 2019Vietnam kini digeruni ramai 🇻🇳
Selamat maju jaya, Park Hang-seo! pic.twitter.com/6YVdh2eP6H
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 17, 2023
Pengendali berpengalaman itu juga menyatakan hubungan beliau bersama Shin sebenarnya tidak seburuk seperti yang dikatakan oleh orang ramai di media sosial.
“Tidak ada sebarang masalah pun membabitkan diri saya bersama Shin. Semuanya baik-baik sahaja ketika ini,” jelas Park menerusi Bola.com.
Park ketika ini berada di Korea Selatan dan dikhabarkan hanya menetap di sana seketika untuk memenuhi tuntutan pengamal media yang mahu membuat liputan mengenai dirinya.
Tambah Park, sehingga kini beliau sekali pun tidak pernah merendahkan mana-mana jurulatih lain dan apa yang dikeluarkan oleh media sebenarnya tidak seperti yang disangka.
“Pandangan saya, tidak wajar untuk merendahkan Shin atau mana-mana pengendali lain dalam setiap kenyataan media, media perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan,” tegas Park.
Ketika ditanya mengapa beliau enggan berjabat tangan bersama Shin ketika tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF lalu, Park enggan untuk mengulas lebih lanjut.
“Ianya merupakan soalan yang sangat peribadi untuk saya jawab. Kenapa anda perlu bertanya perkara sedemikian?
“Lebih baik anda tanya sendiri kepada Shin mengenai hal tersebut,” jelas Park dengan agak sinis ketika itu.
Momen antara kedua pelatih Vietnam Park Hang Seo dgn pelatih Timnas Indonesia Shin Tae Yong tak mau saling jabat tangan.
Saat ditanya aksinya, Park Hang-seo nggak mau jawab. Kata PHS, itu merupakan hubungan pribadi yang tak boleh dikonsumsi publik.
The Real Drama.
📽️Ngoc pic.twitter.com/zsk9SMyknP
— Tommy Desky (@Tommy_desky) January 6, 2023
Hubungan Shin bersama pengendali VietnM itu mula dilihat agak panas ketika saingan Piala AFF lalu dengan masing-masing mengeluarkan kenyataan pedas pada sidang media.
Menurut Shin ketika itu, beliau menyatakan kepada media sebenarnya Indonesia sudah pun memiliki tahap permainan yang sama di atas padang.
Walaupun begitu, Park kembali menyanggah pendapat tersebut dengan meminta Shin untuk membuktikan di atas padang dan bukan sekadar bercakap sahaja.
“Pada pendapat saya, lebih baik Shin buktikan ia di atas padang dan bukan sekadar bercakap kosong sebegini. Saya sendiri tak terbiasa menilai mana-mana pasukan lain,” ulas Park.
Park Hang-seo Cabar Indonesia Untuk Cuba Tewaskan Vietnamhttps://t.co/dYWgQEdQmv
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 9, 2023
Walaupun kini tidak lagi menjadi pengendali Vietnam, Park tetap diakui sebagai salah seorang jurulatih terbaik di Asia Tenggara menerusi pencapaiannya bersama negara tersebut.