Isu keganasan atau rusuhan yang membabitkan dunia bola sepak Indonesia masih lagi berlaku dengan kali ini ia membabitkan sekelompok besar penyokong kelab PSIS Semarang.
Rusuhan kali ini membabitkan ramai penyokong kelab tersebut sehingga memaksa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSIS iaitu AS Sukawijaya terpaksa menghadapi sendiri bersama penjelasan buat mereka bagi menenangkan keadaan.
Pertandingan lanjutan Liga 1 antara PSIS Semarang vs Persis Solo tadi sore berlangsung tanpa penonton.
Rupanya hal tersebut membuat pendukung PSIS kecewa karena mereka merasa tidak bermasalah dengan fans, maupun tim lawan.
Sayang kekecewaan tersebut berbuntut kericuhan.
🥺 pic.twitter.com/KE8eG61EWJ— SPORT7 (@sport7trans7) February 17, 2023
Dikhabarkan hampir beribu para penyokong PSIS tidak dapat masuk di stadium semalam bagi menyaksikan perlawanan membabitkan kelab kesayangan mereka bertemu Persis Solo.
Ini kerana, perlawanan tersebut sudah pun diputuskan berlangsung dengan keadaan tertutup tanpa sebarang kehadiran para penyokong untuk menyaksikannya.
AS Sukawijaya yang lebih mesra dipanggil dengan nama Yoyok Sukawi terpaksa mendekati sendiri kelompok rusuhan para penyokong di luar stadium untuk menjelaskan perkara sebenar.
Menurut Yoyok, perlawanan tersebut terpaksa dilangsungkan tanpa sebarang kehadiran penyokong kerana tidak diberi keizinan pihak bertanggungjawab.
Tambah beliau, kepada sesiapa yang sudah pun membuat pembayaran mendapatkan tiket perlawanan itu boleh dikembalikan ke kaunter untuk ditebus semla dalam bentuk wang.
Perlawanan Liga 1 Indonesia membabitkan kedua pasukan itu terpaksa dijalankan tanpa penyokong atas saranan pihak polis untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika aksi berlangsung.
Untuk mengelakkan suasana lebih buruk, beberapa sekatan jalanraya turut dibuat oleh pihak polis untuk menghalang kemaraan para penyokong menghampiri stadium.
Selain itu, segala tindakan juga akan diambil kepada penyokong yang berjaya melepasi halangan untuk tiba di stadium supaya tiada insiden lebih teruk berlaku.
Menurut salah seorang penyokong yang ditemu bual, beliau menyatakan tiada salah pun untuk membiarkan mereka masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan berkenaan.
Ini kerana, sejak sekian lama penyokong PSIS dikhabarkan tidak mempunyai apa-apa isu bersama pasukan lawan untuk saling mengancam antara satu sama lain.
Pertandingan antara PSIS Semarang melawan Persis Solo dalam lanjutan Liga 1 Indonesia 2022/2023 yang digelar di Stadion Jatidiri Semarang, Jumat (17/2) diwarnai kericuhan antara polisi dan para pendukung PSIS di luar stadion.
Tonton selengkapnya: https://t.co/RpcvYETilA pic.twitter.com/SiyPRsOQ4V
— antaranews.com (@antaranews) February 17, 2023
“Kami datang stadium untuk beri sokongan kepada pasukan kesayangan kami, kerana PSIS juga merupakan tuan rumah pada perlawanan ini.
“Pelik juga kenapa kami sebagai penyokong tak dibenarkan masuk. Kalau atas alasan keselamatan, kami tak ada masalah dengan pasukan atau penyokong PSIS,” jelas mereka menerusi CNN Indonesia.