Kedah Darul Aman (Kedah) tampak hadir dengan sangat positif ketika ini, walaupun ia merupakan kelab yang kembali dirombak bawah kendalian Nafuzi Zain untuk mencabar persaingan Liga Super musim 2023.
SANG KENARI PULANG KE SARANG
Selepas 10 hari menjelajah Antalya, Turkiye pasukan Sang Kenari kembali ke Alor Setar petang tadi. Menempuh perjalanan Antalya – Istanbul – Alor Setar lebih kurang 21 jam, doakan pemain selamat tiba ke Negeri Jelapang Padi yang tercinta. pic.twitter.com/ERW1AKNNTO
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) February 15, 2023
Menerusi siri persahabatan termasuk aksi pramusim Kedah di Turkiye lalu, beberapa pemain dilihat mula menyerlah dan menjadi sebutan dalam kalangan penyokong Kedah berikutan corak permainan positif telah ditampilkan mereka.
Salah seorang yang mencuri tumpuan ketika ini ialah pertahanan muda Kedah iaitu Heshamudin Ahmad yang secara tiba-tiba tampil sangat menyerlah bawah kendalian Nafuzi setakat ini dalam beberapa perlawanan.
Sebagai seorang pertahanan kanan, Nafuzi dilihat berjaya menampilkan aksi berkualiti menerusi gerakan-gerakan dibuat serta tampil berdisiplin untuk mengekang gerakan pemain lawan.
Sebenarnya, Heshamudin telah pun diperkenalkan secara rasmi sejak tahun lalu bawah kendalian Aidil Sharin Sahak dan sudah memberikan aksi terbaik termasuk ketika saingan Piala AFC di Bali.
HESHAMUDIN MAHU BALAS KEPERCAYAAN SANG KENARI
Heshamudin yang beraksi di bahagian pertahanan bertekad untuk membalas kepercayaan pengurusan dan barisan kejurulatihan dengan memberi saingan sihat rakan sepasukan lain. pic.twitter.com/ZJFvzDKV6h
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 4, 2022
Dan konsistensi beliau jelas terhasil selepas beliau terus mendapat kepercayaan Nafuzi pula untuk membarisi skuad baharu Sang Kenari pada musim ini.
Berdasarkan beberapa aksi ketika ini, Heshamudin jelas mampu memberi nilai tambah baharu buat Nafuzi dalam memperkukuhkan pertahanan serta pada masa sama menyokong posisi serangan.
Ia bukan perkara baharu untuk Nafuzi mencipta Heshamudin menjadi pertahanan berkualiti, selepas apa dilakukannya suatu ketika bersama Terengganu.
Lihat sahaja barisan pertahanan muda berkualiti yang dilahirkan beliau ketika bersama Terengganu dahulu seperti Arif Fadzilah, Hairiey Hakim, Azam Azmi Murad, dan Alif Zakaria menjadi bukti kejayaan Nafuzi.
Melihat kepada situasi ketika ini, selain Heshamudin yang boleh beraksi di posisi kanan dan kiri dengan stabil, pastinya kelebihan itu ingin terus dioptimumkan sepenuhnya oleh Nafuzi pada musim 2023.
Suatu cabaran juga buat Heshamudin yang akan bersaing tempat bersama dua lagi rakan sepasukan beliau iaitu Kamil Akmal serta Wan Amirul Afiq di posisi tersebut.
Daripada empat perlawanan setakat ini di Turkiye, Heshamudin sudah pun diberi peluang tiga kali membarisi kesebelasan utama dan ia menjadi suatu pengalaman berguna buat pemain tersebut ketika berdepan lawan jauh lebih berpengalaman serta mempunyai fizikal besar.
💯📄🖋️ Mohd Heshamudin Ahmad | KDA FC 2022@heshamudin
ℹ Biodata Pemain
Nama: Mohd Heshamudin Ahmad
Umur: 22 tahun
Asal, Tikam Batu, Sg. Petani, Kedah
Ketinggian: 182cm
Posisi: Pertahanan#kdafc #levelup #2022season pic.twitter.com/snXFH4oZUf— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 7, 2021
Untuk penyokong Kedah, kehadiran bakat-bakat baharu berpotensi besar pastinya ditagih semula, selepas pasukan tersebut agak sunyi beberapa musim tanpa bintang muda menyerlah buat skuad kebangsaan.