Guardiola Minta Maaf Ejek Gerrard Tergelincir Di Anfield Pada 2014

Pep Guardiola

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola memohon maaf kepada legenda Liverpool, Steven Gerrard selepas bekas pemain itu menjadi bahan kritikan pengurus itu sebelum ini.

Sebelum ini, Guardiola mengatakan yang beliau dan City bukanlah punca kenapa Gerrard tergelincir di Anfield pada 2014 ketika aksi menentang Chelsea yang menyebabkan Liverpool terlepas gelaran Premier League.

“Saya tak tahu sama ada kami bertanggungjawab kepada insiden Steven Gerrard tergelincir,” kata Guardiola sebelum ini.

Kenyataan itu hadir selepas Guardiola kelihatan tidak senang dengan soalan media yang mengaitkan kesalahan City dalam melanggar peraturan kewangan.

Namun selepas bertenang, Guardiola menyatakan yang beliau sudah pun meminta maaf kepada pemain tersebut atas apa dikatakannya.

“Saya memohon maaf kepada Steven Gerrard diatas komen bodoh yang tidak sepatutnya saya keluarkan.

“Beliau tahu yang saya amat mengagumi diri dan kariernya, apa yang telah beliau lakukan untuk negara. Saya malu dengan diri sendiri dan beliau tidak berhak akan perkara ini,” kata Guardiola menerusi Goal.

Menurut Guardiola, beliau sudah pun menghubungi Gerrard secara tertutup dan memohon maaf kepada bekas pengurus Aston Villa serta buat ahli keluarganya.

“Saya benar-benar minta maaf kepada beliau, anak-anaknya, isteri dan keluarga. Ianya amat bodoh.

“Saya amat percaya komen saya adalah untuk mempertahan kelab saya tetapi saya tidak mewakili kelab saya dengan baik dengan melibatkan namanya dalam komen yang bodoh ini,” ujar Guardiola lagi.

Gerrard kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas dilepaskan oleh Villa dan namanya kini dikaitkan dengan jawatan sebagai pengurus Leeds United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN