Sarawak FA Mahu Perbaiki Jentera Serangan Yang Malu-Malu Di Depan Gol (Prebiu Liga Super 2015)

Persembahan Sarawak FA pada musim lepas adalah umpama persembahan Newcastle di Liga Inggeris pada musim ini.

Apabila mereka tidak diberikan peluang oleh pemerhati bola sepak, mereka mencatatkan keputusan yang mengejutkan seperti kejayaan menewaskan Terengganu 2-1 di Kuala Terengganu. Tetapi mereka seringkali gagal mengekalkan momentum kemenangan apabila bermain di halaman sendiri seperti yang ditunjukkan dalam kekalahan 2-0 menentang pasukan yang tersingkir ke Liga Perdana, PKNS FC ketika mereka baru sahaja menewaskan pasukan yang lebih kuat, Sime Darby 3-0.

Tetapi bagi sebuah kelab yang baru bermain di Liga Super, pencapaian Sarawak FA pada musim lepas tidaklah begitu teruk. Mereka menghabiskan kempen liga di tangga ke-7, mempunyai rekod kemenangan di Kuching yang baik dan berjaya mengekalkan kapten mereka, Joseph Kalang Tie yang menerima banyak tawaran berpindah selepas memimpin Sarawak FA dengan persembahan yang berinspirasi di atas padang.

Mereka menjadi mangsa perbandingan kerana prestasi luar biasa mereka pada musim 2013. Oleh itu, normal bagi peminat bola sepak dan penyokong Sarawak FA untuk mengharapkan pencapaian yang lebih baik jika tidak sama dengan pencapaian 2013.

Musim 2015 bagaimanapun tidak akan menjanjikan musim yang lebih mudah bagi skuad Bujang Senang ini. Dengan majoriti pasukan lain memperkuatkan pasukan mereka dengan pemain-pemain baru, Sarawak FA pula terpaksa berdepan dengan kehilangan dua pemain tengah berpengaruh, Junior Eldstal dan S. Chanturu.

Musim lepas, persembahan Eldstal mendapat kritikan penyokong Sarawak. tetapi untuk berlaku adil kepadanya, Eldtal baru sahaja pulih daripada kecederaan belakang sebelum sempat pulih untuk aksi pembukaan liga. Beliau bukan sahaja tidak dapat menyertai latihan pra-musim, malah bergelut untuk mencapai tahap kecergasan yang optimum baginya untuk bermain 90 minit.

Junior Eldstal mengalami penurunan prestasi pada musim lepas tetapi masih muncul antara pemain Sarawak terbaik musim lepas (sumber: Borneo Post Online)
Junior Eldstal mengalami penurunan prestasi pada musim lepas tetapi masih muncul antara pemain Sarawak terbaik musim lepas (sumber: Borneo Post Online)

S. Chanturu pula muncul penjaring terbanyak Sarawak FA pada musim lepas dengan 6 gol daripada 16 penampilan liga, meskipun beliau bermain di sayap kanan. Penjaring terbanyak musim 2013, Muamer Salibasic mengalami penurunan prestasi selepas hanya menjaringkan 2 gol sepanjang musim lepas.

S. Chanturu merupakan pemain terbaik tahunan Sarawak pada musim lepas (sumber: The Star MY)
S. Chanturu merupakan pemain terbaik tahunan Sarawak pada musim lepas (sumber: The Star MY)

Barisan pemain baru

Musim ini, Sarawak FA membawa tiga muka baru untuk mengemudi jentera serangan mereka dengan perhatian terarah kepada Billy Mehmet yang mempunyai musim yang cemerlang bersama Kedah FA pada musim lepas. Mehmet menjaringkan 22 gol sepanjang musim lepas, sekaligus dijangka akan memperbaiki rekod jaringan Sarawak yang buruk pada musim lepas.

Billy Mehmat adalah antara pemain yang dijangka mampu memperbaiki prestasi Sarawak pada musim lepas (sumber: ahmadaki.wordpress.com)
Billy Mehmat adalah antara pemain yang dijangka mampu memperbaiki prestasi Sarawak pada musim lepas (sumber: ahmadaki.wordpress.com)

Untuk memberi saingan kepada penyerang muda Australia Ryan Griffith, Sarawak menandatangani penyerang Belanda yang gagal dalam trial bersama Sarawak pada musim 2014 iaitu Ronald Hikspoor. Persoalan yang menarik untuk dibangkitkan oleh penyokong Sarawak adalah: mengapa Robert Alberts menandatangani pemain yang pernah gagal menambat hatinya pada 2014? Adakah beliau terdesak? Apakah memang Alberts tidak akan memberikan peluang kepada anak watan Sarawak untuk membuktikan kemampuan mereka jika kualiti Hikspoor lebih kurang sama dengan pemain tempatan?

image-4491333
Tak dapat dipastikan sama ada Hikspoor (berbaju merah putih) dapat menambah sesuatu yang penyerang tempatan tiada (sumber: Tubantia NL)

 

Sarawak cuba menandatangani pertahanan skuad kebangsaan Latvia, Kaspar Gorkss untuk saingan musim ini tetapi gagal. Menurut laporan media, Gorkss sudah pun bersetuju dengan gaji dan bonus yang Sarawak tawarkan tetapi mengambil keputusan untuk berubah arah atas sebab peribadi yang tidak pula dinyatakan. Sebagai ganti, Sarawak menandatangani JDT reject, Ben King dan bekas produk pertahanan Inter Milan yang gagal, Ivan Fatic. Walaubagaimanapun, Fatic mempunyai fizikal yang dominan bagi seorang pertahanan kiri dan tengah, dan mampu melakukan sepakan percuma yang mengingatkan kami kepada sepakan percuma Ian Harte.

Attributes Ivan Fatic dalam database Football Manager 2011
Attributes Ivan Fatic dalam database Football Manager 2011

Kekuatan

Pemain-pemain tengah Sarawak mempunyai kecenderungan untuk bermain route one football sehingga mengabaikan aspek utama bermain bola sepak iaitu passing. Tetapi taktik inilah yang membuatkan Sarawak begitu berbahaya terutamanya apabila bola tiba di kaki Ashri Chuchu dan bekas pemain Perak, Nazri Kamal. Di tengah, Joseph Kalang Tie merupakan salah seorang pemain tengah terbaik di Malaysia pada ketika ini. Versatiliti dan kemahiran teknikalnya yang tinggi membuatkan beliau sukar dikawal. Jika diberi lesen kreativiti yang besar seperti yang diberikan oleh Alberts pada musim lepas, Kalang Tie mampu mendominasi padang dan ini pastinya digemari oleh Billy Mehmet.

Kapten Marvellous (sumber: blogspot)
Kapten Marvellous (sumber: blogspot)

Kelemahan

Tanpa pemain utama, Sarawak FA tampak tidak berupaya untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain di liga Super. Mereka tidak mempunyai skuad yang besar dan cukup berkualiti untuk menggantikan kualiti Ronny Harun, Joseph Kalang Tie, Billy Mehmet dan Asri Chuchu.

Ayam tambatan

Kami sudah pun menerangkan mengapa Joseph Kalang Tie penting buat Sarawak, tetapi pemain yang bakal menjadi perbezaan antara Sarawak FA pada musim 2014 dengan Sarawak FA yang lebih bagus adalah penyerang yang berkualiti. Musim lepas, barisan penyerang mereka sangat mengecewakan sehingga pemain sayap mereka, S. Chanturu terpaksa berkongsi beban menjaringkan gol dan muncul sebagai penjaring terbanyak pula.

Pada musim ini, Sarawak mempunyai Billy Mehmet, seorang penyerang yang sudah berpengalaman bermain di Malaysia dan sudah terbukti kemampuannya di hadapan gol. Jika pemain utama Sarawak FA kekal bermain tanpa sebarang kecederaan yang serius dan dapat mengekalkan prestasi terbaik mereka, prestasi mereka bakal mengejutkan pemerhati bola sepak Malaysia dan peminat mereka sendiri.

Tidak dihargai oleh Kedah FA, Billy Mehmet adalah aset baru Sarawak FA (sumber: The Star MY)
Tidak dihargai oleh Kedah FA, Billy Mehmet adalah aset baru Sarawak FA (sumber: The Star MY)

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN