Penyokong Kedah Puji Aksi Di Turkiye Makin Bagus Walau Tewas Kali Ketiga

Aksi pramusim Kedah Darul Aman (Kedah) di Turkiye tampak semakin membuahkan hasil walaupun pasukan tersebut masih lagi kemarau untuk mendapatkan kemenangan sulung.

Daripada tiga siri perlawanan di sana, Kedah masih lagi belum mencatat kemenangan atau mengikat seri, namun peningkatan positif mula dipamerkan para pemain kini.

Terbaharu, Kedah mencatat keputusan tewas di tangan wakil kelab dari Kazakhstan iaitu FC Maktaaral dengan keputusan penuh 1-2 di Limak Arcadia Sports Center.

Walaupun ketinggalan pada awal perlawanan di minit kedua, pemain tengah baharu Kedah iaitu Lee Tuck berjaya kembali menyamakan kedudukan sebelum pasukan lawan sekali lagi meledak gol pada minit ke-75.

Keputusan perlawanan kekal dengan tiada lagi sebarang gol terhasil daripada kedua pasukan, walaupun ada beberapa lagi peluang terbuka buat Kedah untuk menyamakan kedudukan.

Menerusi tinjauan dibuat menerusi Facebook rasmi Kedah, jelas para penyokong lebih berpuas hati dengan corak permainan pasukan mereka semalam berbanding sebelum ini.

Malah, ada yang menyatakan kesilapan-kesilapan mudah sahaja ketika ini perlu diperbaiki pasukan untuk aksi akan datang.

“Memang best game malam ni, laju dan physical game. Boleh control permainan dengan baik, cuma perlu perbaiki kesilapan mudah sahaja,” Mahir Kedah.

“Puas hati game malam ni, control perlawanan dan gol pihak lawan pun hanya serangan balas. Cuma beza penyudah kita agak tumpul. Ada masa lagi nak perbetul sebelum game Liga Super,” jelas Mat Trojan di Facebook rasmi Kedah.

“Tiga kali berturut-turut tewas, tapi perlawanan ini nampak banyak peningkatan dah, keserasian dah nampak. Laju dah main, cuma…,” puji Syahid Caed.

Ianya merupakan sesuatu yang positif sebenarnya buat Kedah, kerana dalam tempoh beberapa bulan sejak Nafuzi Zain memegang tampuk kejurulatihan sudah ada perubahan dilakar dalam pasukan.

Tambahan pula lawan Kedah sepanjang pramusim di Turkiye ini mempunyai latar belakang yang lebih baik dan menjadi medan sesuai untuk Nafuzi terus mengesan kelemahan ada pada pemain bawah kendaliannya.

Menerusi beberapa kombinasi para pemain serta formasi yang sering berubah digunakan, jelas pengendali tersebut menggunakan segala peluang ada untuk menguji keserasian dan segala kesesuaian taktikal bagi dipadankan kepada para pemain.

Aksi terakhir mereka di Turkiye selepas ini menyaksikan perlawanan menentang wakil dari Ukraine iaitu FC Metalist Kharkiv pada 14 Februari sebelum mereka kembali pulang ke tanah air.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN