TMJ Ada ‘Projek’ Baharu Bersama Syamer Kutty, Peranan Besar Buat Mamba JDT Untuk Musim 2023?

Syamer Kutty TMJ projek baharu JDT

Syamer Kutty Abba memberi petanda beliau sudah kembali ke padang untuk musim 2023 dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) tidak tunggu lama mengingatkannya tentang projek baharu mereka.

Ingat apa yang saya katakan kepada kamu sebelum ini. Projek baharu,” titip pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu kepada hantaran yang dibuat oleh Syamer di Instagramnya yang meletakkan gambar beliau kembali berlatih.

Syamer mengalami kecederaan lutut selepas membawa Malaysia meraih tiket ke Piala Asia 2023 iaitu ketika sesi latihan bersama pasukannya.

Beliau menjalani pembedahan di Barcelona pada Julai tahun lalu dan perlu berehat panjang selepas itu. Ia hasil kerjasama JDT bersama Dr. Boffa yang juga merupakan konsultan kepada kelab Premier League, Man City.

Alhamdulillah, selepas 212 hari berhempas pulas dan bekerja keras, kini saya kembali melakukan perkara yang paling saya sukai [bermain bola sepak],” titipnya di Instagramnya yang meraih perhatian ramai termasuk TMJ.

Saya cuma ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada TMJ dan JDT kerana memberikan penjagaan terbaik untuk memulihkan kecederaan saya sejak hari pertama,” ucapnya kepada pemilik dan juga pasukannya.

Terima kasih kepada semua kakitangan kejurulatihan, keluarga dan rakan yang bersama saya. Kini tiba masanya untuk meningkatkan prestasi dan menjadi pemain yang lebih baik,” tambahnya yang semakin bersemangat.

Kembali kepada ingatan TMJ terhadapnya tentang projek baharu, apakah agaknya projek yang bakal diberikan kepada pemain tengah bertahan itu?

Seperti yang kita tahu, Syamer jarang sekali mendapat tempat dalam skuad utama skuad Harimau Selatan, tidak seperti mana di Harimau Malaya.

Secara kasarnya, pemain kelahiran Pulau Pinang itu hanya meraih 449 minit permainan di Liga Super musim 2021 dan 51 minit pada musim 2020. Pada musim lalu, beliau sempat tampil bermain sebanyak 14 minit permainan dalam satu perlawanan sebelum berehat hampir setengah tahun.

Sensasinya pemain berusia 25 tahun itu hanyalah ketika bersama skuad kebangsaan, sama seperti sensasi yang dicipta penyerang, Syafiq Ahmad.

Jadi, projek baharu TMJ bersamanya ini menimbulkan sedikit persoalan. Adakah Syamer Kutty akan dipinjamkan keluar untuk minit permainan? Mungkin tidak. Pemain yang disapa Mamba dikalangan rakan sepasukan itu dilihat mungkin bakal diberi peranan besar untuk saingan musim depan.

Masih ingat amanat TMJ bagi musim 2023? “Short, sharp, simple and class,” ungkap TMJ mengenai bagaimana aksi permainan JDT akan ditingkatkan.

Dan Syamer dijangka akan menjadi pemain yang terlibat dalam projek untuk meningkatkan tahap permainan pasukan tersebut untuk musim depan.

Ditambah pula dengan kehadiran ketua jurulatih yang baharu dari Argentina, Esteban Solari yang dilihat berpengalaman luas di peringkat antarabangsa.

Boleh bermain di posisi tengah, sama ada bertahan atau menyerang, Syamer dilihat sebagai antara aset penting permainan Harimau Malaya. Beliau menjadi nadi penting jentera tengah skuad kendalian Kim Pan-gon.

Waima kurang beraksi bersama JDT, beliau tidak menampakkan sebarang kecacatan dalam permainannya ketika menyarung jersi skuad kebangsaan.

Apa peranan Syamer bersama skuad negara? Artikel analisis ini boleh menjelaskan peranan besarnya bersama Harimau Malaya sebelum ini.

ANALISIS: Peranan Syamer Kutty Yang Pertama Kali ‘Tersisih’ Paling Cocok Dengan Brendan Gan

Di atas kertas, Malaysia akan tampil dengan formasi 4-3-3 dengan defensive midfielder akan menjadi half-back dengan turun lebih ke bawah – di antara dua bek tengah bagi membentuk formasi seakan-akan 3-4-3. Ini terdapat dalam ‘kitab lama’ Kim Pan-gon, pengendali baharu Harimau Malaya.

Peranan itu digalas oleh Syamer dengan sangat baik setiap kali diturunkan.

Mereka adalah ‘pakar’ transisi fasa-fasa permainan dan senjatanya adalah meletakkan diri dalam posisi yang betul pada masa yang tepat. Tugas mereka adalah memintas dan ‘mencuri’ bola daripada pihak lawan.

Adakah projek baharu TMJ berdasarkan amanatnya sebelum ini iaitu ‘short, sharp, simple and class‘ akan menggunapakai kebolehan Syamer?

TMJ pun baru sahaja bertemu pengendali skuad kebangsaan, Kim dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Mungkin turut diselitkan perbincangan tentang peranan Syamer?

Berdasarkan gelarannya di JDT iaitu Mamba pun kita sudah boleh kaitkannya dengan kepantasan dan bahaya. Apa kata pembaca?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN