Baru Sertai Latihan Di Belgium, Indonesia Minta Marselino Ferdinan Pulang Untuk Kem Latihan Pusat

Pemain muda Indonesia, Marselino Ferdinan yang baru sahaja menyertai kelab divisyen dua di Belgium iaitu KMSK Deinze, kini kembali dipanggil pulang untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan.

Marselino yang menjadi tonggak utama skuad kebangsaan bawah kendalian Shin Tae-yong kembali dipanggil selepas namanya turut berada dalam senarai pemilihan pemain Indonesia bawah 20 (B-20) untuk kem latihan pusat.

Ketika ini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) secara rasminya telah mengirimi surat rasmi kepada pihak KMSK Deinze untuk meminta keizinan agar Marselino mendapat pelepasan bagi kem kebangsaan.

Ianya disahkan sendiri menerusi pembantu jurulatih skuad B-20 Indonesia iaitu Nova Arianto dengan menyatakan surat tersebut sudah pun dikirimkan oleh PSSI kepada pihak kelab tersebut.

Skuad B-20 Indonesia ketika ini sedang giat menjalani kem latihan pusat yang bertempat di Jakarta sejak awal bulan ini sebagai medan persiapan mereka untuk saingan Piala Asia B-20 2023 tidak lama lagi.

Saingan yang akan bermula pada bulan Mac itu bakal berlangsung di Uzbekistan dengan Indonesia tersenarai dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Syria, dan Iraq serta dianggap sangat kuat.

Sebelum itu, krisis mula berlaku membabitkan pengendali mereka iaitu Shin yang jelas tidak berpuas hati dengan tiada sebarang laporan mengenai Marselino ke Belgium serta penyerang muda, Ronaldo Kwateh.

Dua bintang tersebut merupakan antara nama penting yang menghiasi skuad muda Indonesia dan tersenarai dalam 30 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat.

Apa yang lebih mengecewakan Shin, persiapan itu tidak berjalan lancar seperti diharapkan walaupun ianya merupakan latihan pusat pertama tahun ini.

Selain Ronaldo dan Marselino, Shin juga kecewa dengan sikap kebanyakan para pemain lain yang masih lagi belum melaporkn diri untuk kem latihan tersebut.

Ini kerana kebanyakan kelab masih lagi belum melepaskan pemain-pemain muda mereka untuk bersama Shin sertai kem latihan pusat yang sudah pun bermula.

“Saya sedikit terasa dengan situasi terkini. Dua pemain tersebut ke luar negara tanpa memberi sebarang laporan kepada saya selaku pengendali kebangsaan mereka.

“Apatah lagi kami sekarang sangat sibuk mempersiapkan pasukan untuk saingan Piala Asia B-20 2023 dan kejohanan Piala Dunia B-20 2023. Banyak juga rencana saya ketika ini tergendala,” jelas Shin menerusi Bola.com.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN