Baru sahaja menjulang Piala Harapan, nampaknya Penang sudah dilanda gosip apabila dikatakan orang dalam punca kebocoran maklumat sehingga mewujudkan segelintir peniaga menjual jersi bukan original.
Menurut pengguna Facebook, Inter johor Firm, ada orang dari dalam kelab yang diberi amanah untuk menjaga blueprint jersi Penang namun telah bertindak menjual kepada syarikat cetak baju di Tok Kun, Bukit Mertajam.
Tambah beliau, pelancaran jersi Penang sepatutnya berlaku pada 5 Februari namun seawal 1 Februari individu tersebut telah menjual blueprint pada syarikat tersebut demi mendapatkan ‘habuan’.
Kenyataan tersebut telah mendapat respon dari pihak pengurusan Penang dan mereka memintak individu tersebut hadir ke pejabat untuk memberi maklumat lebih tepat agar individu yang dimaksudkan itu dapat di bawa ke muka pengadilan.
Jika si pengadu mengambil sikap tidak memberi kerjasama, maka pihak pengurusan Harimau Kumbang terpaksa mengambil langkah berdiam diri demi menjaga keharmonian di dalam pasukan.
Pihak pengurusan Penang juga tidak mahu perkara ini membuatkan keharmonian dalam pasukan terjejas disebabkan perkara tersebut.
Diharapkan isu yang timbul ini dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak demi kebaikan sejagat.