Pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong jelas tidak berpuas hati dengan persiapan beliau untuk skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20) yang dianggap sedikit terganggu ketika ini.
Shin jelas tidak berpuas hati, setelah mengetahui dua pemain tonggak beliau untuk skuad B-20 iaitu Ronaldo Kwateh dan Marselino Ferdinan yang menyertai kelab luar negara tanpa melaporkan kepadanya terlebih dahulu.
Shin Tae Yong was somewhat offended to hear that Marcelino and Ronaldo Kwateh had careers in Europe without reporting to him, this situation made the program that had been designed fall apart.#timnasindonesia pic.twitter.com/kinjzzSJyJ
— Mozaboys (@Mozaboys14) February 4, 2023
Dua bintang tersebut merupakan antara nama penting yang menghiasi skuad muda Indonesia dan tersenarai dalam 30 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat.
Apa yang lebih mengecewakan Shin, persiapan itu tidak berjalan lancar seperti diharapkan walaupun ianya merupakan latihan pusat pertama tahun ini.
Selain Ronaldo dan Marselino, Shin juga kecewa dengan sikap kebanyakan para pemain lain yang masih lagi belum melaporkn diri untuk kem latihan tersebut.
Ini kerana kebanyakan kelab masih lagi belum melepaskan pemain-pemain muda mereka untuk bersama Shin sertai kem latihan pusat yang sudah pun bermula.
“Masih ada pemain dari Persija Jakarta dan Persib Bandung masih lagi belum melepaskan pemain mereka, tetapi saya dimaklumkan mereka akan menyertai kem tidak lama lagi,” jelas Shin menerusi Bola.com.
Shin juga berharap agar semua kelab memberi kerjasama terbaik untuk dirinya dengan melepaskan para pemain, khususnya Persija yang mempunyai tonggak untuk skuad B-20 tersebut.
Selain sejumlah besar pemain Persija dan Persib yang tidak melepaskan para pemain mereka dengan lebih awal, Shin juga agak tersinggung dengan sikap Ronaldo dan Marselino.
Fokus dan konsentrasi! ☄️#KitaGaruda pic.twitter.com/NQxGuC1tIg
— PSSI (@PSSI) February 4, 2023
Dua pemain tersebut ketika ini dilaporkan sibuk mempersiapkan diri bersama pasukan masing-masing di luar negeri dan kemungkinan tidak dapat memberi kerjasama bersama skuad kebangsaan.
Shin mengaku ketika ini beliau sendiri tidak pasti mengenai perkembangan dua pemain tersebut jika mereka akan menyertai kem latihan pusat atau tidak.
“Secara jujur, saya tak dapat apa-apa langsung mengenai laporan kedua pemain ini dan saya sedikit terasa hati kerana mereka pergi tanpa memberitahu saya apa-apa,” tambah Shin.
Pastinya Shin merasa kecewa kerana beliau sedang memberi fokus untuk mempersiapkan skuad terbaik, menjelang saingan Piala Dunia dan Piala Asia yang akan berlangsung tahun ini.