PDRM Dapatkan Khidmat Penyerang Lincah Dari Nigeria Untuk Musim 2023

Pencabar baharu Liga Super 2023 iaitu PDRM kini semakin giat mempersiapkan diri untuk tampil dengan lebih baik menerusi pemain-pemain baharu ditandatatangani.

Musim ini juga menyaksikan pasukan tersebut sudah membuat rombakan daripada segi pemain-pemain baharu untuk penambahbaikan berbanding sebelum itu.

Terbaharu, PDRM dilaporkan akan menandatangani khidmat penyerang baharu mereka musim ini iaitu Uche Agba yang sebelum ini bukan lagi nama asing buat penyokong bola sepak tempatan.

Perkara ini dilaporkan sendiri menerusi wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi yang menyatakan Uche bakal memperkuatkan PDRM pada musim ini.

“Bekas penyerang Sarawak United FC, Uche Agba difahamkan bakal memperkuatkan PDRM FC untuk saingan Liga M 2023.

“Jika benar, ianya ibarat ‘Sirih Pulang ke Gagang’ apabila Uche pernah bersama The Cops pada musim 2019,” jelas kenyataan tersebut di Twitter.

Uche yang sebelum ini mewakili Sarawak United berjaya mempamerkan aksi cukup baik di posisi serangan, biarpun pasukan itu mengalami masalah konsistensi musim 2022.

Untuk rekod, Uche memulakan karier beliau buat pertama kali di Malaysia dengan mewakili PDRM pada tahun 2019 dengan tujuh gol direkodkan daripada tujuh penampilan beliau.

Cemerlang bersama PDRM menyaksikan Uche mula dilamar beberapa kelab lain pada musim seterusnya iaitu Melaka United dalam saingan Liga Super dan merekodkan 11 penampilan dengan lima gol dihasilkan beliau.

Aspek kekuatan Uche dari segi fizikal serta bijak menyudahkan peluang dari segenap sudut menjadikan beliau sebagai salah seorang import yang konsisten dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Selain penyerang kelahiran Nigeria itu, PDRM juga turut melakukan rekrut baharu untuk kuota import di posisi penyerang bagi terus mengukuhkan posisi tersebut.

Import baharu yang mencuri tumpuan ialah bekas pemain mereka sebelum ini iaitu Bruno Suzuki kembali menyarung jersi PDRM untuk musim 2023.

Bruno yang sebelum ini sudah pun hampir menyertai Bangkok FC di Thailand tidak mengambil masa yang lama untuk mengesahkan diri beliau membatalkan kontrak bersama pasukan tersebut demi PDRM.

Dijangka PDRM akan membawa masuk beberapa lagi pemain import baharu pada masa akan datang untuk terus memberi isyarat mereka akan memberi daya saing bersama pasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN