‘Ejah Sikit Pun Takpo’ – Ten Hag Gesa Man Utd Buat Sesuatu Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup

Erik ten Hag Manchester United

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag telah meminta pihak pengurusan kelab untuk kekal waspada dengan sebarang peluang untuk mendapatkan pemain baharu sebelum jendela perpindahan ditutup pada penghujung bulan ini.

The Red Devils setakat ini telah mendapatkan penjaga gol Jack Butland dan penyreang Wout Weghorst secara pinjaman pada bulan ini, tetapi Ten Hag mahu menambah kekuatan skuadnya dalam usaha untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

United kini menghuni tangga keempat, ketinggalan 11 mata daripada pendahulu liga Arsenal selepas beraksi 20 perlawanan.

Namun United menjadi satu-satunya pasukan EPL yang masih bersaing di empat kejohanan dan berdepan dengan jadual padat apabila beraksi 10 perlawanan dalam tempoh masa 30 hari terakhir.

“Dalam beberapa hari akan datang ini, kami patut mengambil peluang, saya memang mahukannya [pemain baharu], tetapi ia bukan keputusan saya sahaja. Saya fikir bahawa pendekatan tersebut adalah keperluan di kelab ini,” ujar Ten Hag.

“Setiap hari kamu perlu menjadi lebih baik, jadi jika di sana ada peluang untuk menjadi lebih baik, maka kamu perlu menggarapnya, itu maksud saya. Saya dan lihat dan kaji, saya ada idea dan profail pemain-pemain yang oleh menambah kekuatan skuad ini.”

Bagaimanapun Ten Hag menyedari kekangan kewangan kelab yang membuatkan pengurusan United lebih cenderung untuk mengutamakan kemasukan pemain secara pinjaman.

“Itu bagus dan sebab itulah kami perlukan semua pemain-pemain ini di dalam skuad, untuk menggilap mereka dan lebih penting lagi mendapat hasil terbaik daripada mereka,” tambah jurulatih warga Belanda ini lagi.

“Kami mahu kekal dalam semua pertandingan sejauh yang mungkin. Jadi kami pelru bersaing untuk dapatkan mereka dan saya fikir ia bagus untuk pembangunan kelab.

“Kami perlu percaya kepada proses, setiap hari kami perlu memberikan semaksimum mungkin, kami perlu percaya bahawa yang baik itu belum tentu cukup baik, jadi kami perlu menjadi lebih baik supaya terus maju.

“Proses ini tak pernah berakhir, sama ada anda berada di hadapan atau sebaliknya, ia tak penting di mana kami berada sekarang. Kami mahu menang setiap perlawnan, tak kira siapa pun pasukan lawan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN