“Why Always Me?”- Kedah Secara Rasmi Tandatangani Khidmat Balotelli

Kedah Darul Aman (KDA) secara rasminya sudah pun mengikat seorang lagi penyerang import musim ini untuk memperkukuhkan barisan hadapan bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) 2023.

Jonathan Balotelli menjadi rekrut terbaharu pasukan tersebut selepas ianya diperkenalkan secara rasmi menerusi media sosial KDA sebentar tadi.

Pemain kelahiran Brazil itu dijangka akan berpasangan bersama Willian Lira untuk membentuk gandingan serangan terbaharu KDA setelah beberapa rombakan dibuat tahun ini.

Lira yang turut berasal dari Brazil sebelum ini mempamerkan aksi yang cukup baik buat KDA setelah ketajaman beliau di hadapan gol mendapat pujian positif dalam kalangan penyokong tempatan.

Daripada tiga aksi persahabatan yang dilalui KDA, pemain ini sudah pun meledak empat jaringan secara keseluruhan dan memberi khabar baik buat Nafuzi Zain.

Untuk rekod Balotelli, sebelum ini beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab di sekitar benua Amerika Selatan serta mempunyai pengalaman bermain di Korea Selatan dalam saingan K League 2.

Walaupun sudah mencapai usia 33 tahun, rekod musim lalu untuk Balotelli masih lagi boleh dianggap sangat baik dengan tujuh jaringan berjaya diledak daripada 28 penampilan bersama Jeonnam Dragons.

Sebelum ini, KDA sebenarnya sudah pun membawa masuk seorang lagi penyerang dari Ghana iaitu Ebenezer Assifuah untuk menjalani ujian terlebih dahulu.

Namun, aksi pemain ini tidak begitu meninggalkan impak positif dan kini beliau telah digantikan oleh Balotelli untuk mengisi slot penyerang import musim 2023.

Selain Balotelli, KDA juga dikhabarkan akan menandatangani seorang lagi khidmat import serangan terakhir mereka bagi tahun ini dan dijangka bakal diumumkan kepada para penyokong Sang Kenari.

Sehingga kini, KDA sudah pun mempunyai tujuh pemain import yang sudah didaftarkan iaitu Bojan Ciger, Alan Davidson, Amirbek Juraboev, Manny Ott, Manuel Hidalgo, Willian Lira, dan terbaharu Jonathan Balotelli.

Selain itu, pasukan tersebut juga buat pertama kali mendapatkan khidmat pemain tengah naturalisasi yang sudah pun mempamerkan aksi berkualiti bersama skuad kebangsaan iaitu Lee Andrew Tuck.

Untuk persiapan semasa, KDA bakal mengharungi satu kejohanan pramusim yang diberi nama Piala Harapan dengan penyertaan tiga lagi kelab iaitu Selangor, Penang, dan Geylang United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN