Pemain Manchester City, Manuel Akanji ternyata kecewa dengan keputusan pengadil aksi Manchester Derby semalam apabila gol penyamaan jaringan Bruno Fernandes dikira.
Jaringan tersebut telah memberikan semangat kepada Manchester United untuk bangkit dan kembali memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.
Bagi Akanji, keputusan pengadil itu sepatutnya dipersoal dengan gol itu tidak patut dikira.
Menurut Stadium Astro, Akanji mengecam keputusan pengadil itu sebagai “kelakar” dan tidak patut dikira.
“Pada saya, kelakarlah apabila gol pertama itu dibenarkan sebegini.
“Dalam situasi ini, saya nampak jelas yang Marcus Rashford jelas berada dalam kedudukan ofsaid jadi saya biarkan dia dalam kedudukan itu.
“Dia berlari dengan begitu pantas sehingga ke detik terakhir dan berhenti apabila bola betul-betul di depannya,” kata Akanji.
Tambah Akanji lagi, Rashford memang ada niat untuk menjaringkan gol dan hanya berhenti berlari kerana Fernandes menyuruh pemain itu berbuat demikian.
“Dia berada betul-betul di depan Ederson untuk menjaringkan gol tetapi dia berhenti kerana Fernandes memanggilnya untuk berhenti kerana berada dalam posisi ofsaid.
“Saya tahu yang dia tak pegang bola tapi dai berlari sejauh 30 meter, kejar bola dan kemudiannya berhenti. Pada saya ianya memang ofsaid,” ujar Akanji panjang lebar.
Gol itu kemudiannya disusuli dengan jaringan kemenangan Rashford yang memberikan kekalahan City kepada United.
Dengan kemenangan itu, United kini turut menyertai perlumbaan untuk merangkul gelaran Premier League musim ini.