Vietnam Buang ‘Malang’, Dang Van Lam Bakal Tampil Dengan ‘Imej’ Baharu

Dang Van Lam Vietnam Thailand malang

Vietnam mengambil langkah untuk membuang malang ke atas penjaga gol mereka, Dang Van Lam menjelang aksi final kedua di Piala AFF 2022.

Vietnam akan bertemu Thailand di Stadium Thammasat pada Isnin dengan keputusan final pertama sedikit memihak kepada tuan rumah, Thailand.

Gajah Perang dan Naga Emas terikat 2-2 di Stadium My Dinh pada Jumaat dan ini memberi kelebihan gol ditempat lawan kepada Thailand ketika ini.

Vietnam membuka pentas final dengan jaringan pada minit ke-24 oleh penyerang tinggi lampai, Nguyen Tien Linh untuk mereka mendahului aksi.

Namun, Thailand bangkit dengan dua gol hasil ledakan Poramet Arjvirai dan Sarach Yooyen di awal babak kedua. Dua jaringan itu hampir membuatkan Vietnam berputih mata di halaman sendiri, namun hadir Vu Van Thanh menjadi penyelamat, dua minit sebelum wisel penamat ditiupkan pengadil.

Dua gol telah dilepaskan Dang Van Lam ketika berdepan Thailand dan ia merupakan kali pertama beliau telah melepaskan gol di kempen kali ini.

Ia juga adalah rekod baharu dalam pentas Piala AFF di mana beliau memecahkan rekodnya sendiri yang dilakar pada edisi 2018 – tidak bolos selama 405 minit aksi. Pada edisi tersebut, Vietnam berhasil menjulang kejuaraan kejohanan dwi tahunan itu buat kali kedua dalam sejarah mereka.

Dang Van Lam melakar rekod baharu dengan 540 minit permainan tanpa bolos. Beliau tampil beraksi dalam semua tujuh perlawanan Vietnam.

Dan ini menjadikannya sebagai penjaga gol terbaik di kejohanan kali ini.

Ada yang mengaitkan dengan kisah mistik ketika Van Lam dibolosi dua gol oleh Thailand tempohari. Dan mereka telah mengambil langkah drastik.

Menurut laporan VNExpress, dalam aksi kedua nanti, Van Lam akan mengenakan jersi berwarna ‘mint green‘ menjaga pintu gawangnya.

Beliau terpaksa memilih jersi kuning disebabkan Thailand akan memakai jersi biru di tempat lawan dan menurut laporan TheThao247, untuk Piala AFF kali ini, terdapat dua pilihan jersi penjaga gol iaitu biru dan kuning.

Dan dikatakan itulah punca mengapa beliau telah melepaskan dua gol. Warna kuning yang telah dipakainya dikatakan tidak membawa tuah.

Dalam kejohanan Piala Dunia 2022, dikatakan majoriti penjaga gol yang memakai jersi kuning menerima nasib malang antaranya Thibaut Courtois (Belgium), Shuichi Gonda (Jepun) dan Hugo Lloris (Perancis).

Untuk mengelak ia memberi kesan terhadap prestasi Van Lam, pihak pengurusan dengan segera telah menempah jersi baharu buatnya.

Dan ia adalah kali pertama jersi tersebut bakal disarung penjaga gol nombor satu Vietnam itu yang berdarah campuran Vietnam-Rusia.

Ia bukanlah masalah besar kerana dalam perlawanan pembukaan, Van Lam memakai jersi kuning dan Vietnam menang 6-0 ke atas Laos. Sebenarnya, isu warna jersi penjaga gol ini bukan besar mana pun,” ujar pegawai pasukan.

Namun, jika kita boleh mengelak memberi tekanan tidak sepatutnya kepada pemain, ia adalah lebih baik. Oleh itu, kami mengambil keputusan menukar warna jersi untuk Van Lam nanti,” tambahnya lagi tentang isu warna jersi.

Adakah benar warna jersinya telah membawa nasib malang buat Van Lam?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN