Pemain Import Selangor 1995 Masih Menanti Hadiah Apartment

Selangor 1995

Kemelut hadiah yang menanti skuad Selangor 1995 yang memenangi Piala Malaysia kini telah menemui isu berbangkitnya selepas penyelesaian telah ditemui tempoh hari.

Hal ini disebabkan kerajaan Selangor telah menyelesaikan tunggakan hadiah tersebut dengan memberikan sebuah apartment yang terletak di Hulu Langat iaitu Idaman Abadi yang lengkap dengan perabot.

Dikala ramai pemain daripada skuad tersebut telah memperoleh hadiah yang dijanjikan, terdapat tiga individu yang terlepas dari senarai penerima.

27 Tahun Menanti, Akhirnya Skuad Selangor 1995 Dapat Rumah Yang Dijanjikan

Mereka adalah tiga pemain import Selangor ketika itu yang kesemuanya adalah daripada Australia.

Menurut laporan News Straits Times, Mehmed Durakovic, David Mitchell dan Josip Biskic juga mahu menuntut apa yang mereka berhak peroleh selepas usaha keras yang berikan untuk pasukan.

Mitchell mendedahkan yang usaha untuk mendapatkan hak itu telah dilakukan sebelum ini telah menemui jalan buntu apabila pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak memberikan sebarang respon.

“Mitchell ada melakukan susulan untuk pihak Mehmed Durakovic dan saya tapi sekurang-kurangnya biarlah ada respon.

“Kami mempunyai peranan yang besar dalam pasukan pada masa itu dan kami tidak dikelaskan sebagai pemain luar. Kami berikan segalanya untuk Selangor, tapi akhirnya kami sedikit terkilan kerana kami seolah-olah tidak berada di sana,” kata Biskic.

Tempoh hari, kerajaan Selangor menghadiahkan apartment kepada semua pemain tempatan dalam skuad Selangor 1995.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana dengan nasib pemain import pasukan tersebut yang turut bersama-sama mengerah kudrat menamatkan penantian sembilan tahun Piala Malaysia Selangor pada tahun tersebut.

Pihak FAS dikatakan sudah cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai bagi menamatkan permasalahan ini.

Bukan setakat untuk tiga pemain tersebut, malah FAS cuba menyelesaikan masalah ini bagi pihak Datuk S. Pathy serta manta jurulatih Ken Worden.

“Kami ada melakukan perbincangan kerajaan negeri mengenai perkara ini pada minggu lepas, dan kami menantikan mesyuarat seterusnya untuk memuktamadkan insentif yang sesuai buat pemain import,” kata Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil.

Selangor menewaskan Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1995 dengan jaringan yang dihasilkan oleh Mitchell.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN