Piala AFF 2022: Pengendali Vietnam Anggap Indonesia Sebagai Pasukan Paling Banyak ‘Bunyi’

Walaupun pertemuan membabitkan antara Indonesia dan Vietnam sudah pun tamat, namun api sengketa kedua pasukan itu jelas masih lagi dirasai sehingga kini.

Pada aksi separuh akhir Piala AFF 2022 lalu, beberapa provokasi sudah dibuat antara pengendali Vietnam dan Indonesia dengan masing-masing saling mengeluarkan kenyataan pedas pada sesi sidang media.

Malah, kehangatan itu diteruskan pada hari perlawanan dengan kedua pasukan saling melancarkan perang psikologi serta siri terjahan keras turut dibuat antara satu sama lain.

Terbaharu, pengendali Vietnam iaitu Park Hang-seo sekali lagi menyindir Indonesia dengan menyatakan pasukan tersebut paling banyak mengkritik sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Walaupun tidak sebut secara berdepan, namun ramai mengetahui segala kritikan pedas daripada Hang-seo itu ditujukan kepada anak-anak buah Shin Tae-yong.

Perkara tersebut berlaku ketika Hang-seo ditanya mengenai Vietnam yang kononnya beraksi dengan sangat kasar dalam setiap perlawanan dihadapi mereka.

“Kebanyakan pasukan mengatakan corak permainan ditampilkan kami sangat kasar, namun saya rasa hanya ada satu pasukan sahaja yang banyak berbicara mengenai kami.

“Saya tak tahu jika ianya benar atau tidak, tetapi jika betul ianya pasti pasukan tersebut (Indonesia) yang banyak berbicara mengenai kekasaran.

“Sepatutnya, mereka perlu mengkaji dengan lebih baik terlebih dahulu. Bola sepak merupakan sukan yang banyak menggunakan fizikal, dan sudah tentu saya tak setuju bila mereka mengatakan kami sengaja beraksi kasar untuk mencederakan pihak lawan,” jelas Hang-seo menerusi CNN Indonesia.

Kritikan pedas itu jelas menjawab kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tae-yong sebelum itu yang tidak berpuas hati, selepas pemainnya dikasari oleh pertahanan Vietnam iaitu Doan Van Hau pada aksi separuh akhir.

Pada aksi separuh akhir sebelum ini, beberapa kekasaran jelas telah dibuat oleh pemain Vietnam kepada pemain Indonesia sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat.

Malah, tindakan pengadil perlawanan yang dilihat tidak memberikan apa-apa denda mengenai kekasaran tersebut juga nyata sangat mengecewakan kem Indonesia.

Antara kekasaran dibuat oleh Van Hau sepanjang aksi separuh akhir tersebut, apabila pertahanan itu telah membuat terjahan keras kepada pemain tengah Indonesia iaitu Dendy Sulistyawan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN