RASMI: Kogileswaran Catat Sejarah Jadi Pemain Pertama Malaysia Beraksi Di Korea Selatan

Pemain tengah serangan berbakat negara iaitu R. Kogileswaran kini secara rasminya menyertai salah satu kelab K League 2 di Korea Selatan iaitu Chungbuk Cheongjuk.

Pemain tersebut telah pun memeterai kontrak beliau semalam bersama pasukan tersebut dengan kontrak selama satu tahun bermula pada 10 Januari lalu.

Ketika ini, Kogi telah pun berada di Thailand kerana pasukan diwakilinya itu berada di Bangkok untuk latihan pra musim mereka selama beberapa hari.

Kogi mencipta detik sejarah tersendiri dalam bola sepak negara, setelah beliau menjadi pemain tempatan pertama yang menyertai salah satu kelab di Korea Selatan.

Bersama Chungbuk Cheongjuk, pemain ini jelas akan menimba seberapa banyak pengalaman di sana dan bakal menjadi aset terbaik untuk bola sepak negara pada masa akan datang.

Malah, ini secara tidak langsung dilihat membuka peluang buat pemain-pemain tempatan lain untuk cuba memasarkan diri mereka dalam saingan liga di Korea Selatan.

Ianya akan menjadi lebih mudah jika Kogi mampu menampilkan aksi positif pada musim pertama beliau di sana, dan secara tidak langsung, keyakinan untuk kelab-kelab lain di Korea Selatan mula membuka mata mereka selepas ini.

Selepas hanya Hadi Fayyadh yang mencipta nama di Jepun bersama kelab tempatan sana selama beberapa tahun, kini peluang untuk pemain Malaysia beraksi di Korea Selatan mula terbuka dengan Kogi menjadi kunci utama.

Untuk rekod Kogi musim lalu bersama Petaling Jaya City (PJ City) sebenarnya tidak begitu baik, namun kelab di sana mungkin memilih beliau atas faktor kesesuaian corak permainan dimilikj pemain tersebut.

Musim lalu Kogi hanya merekodkan dua jaringan serta dua bantuan gol daripada 23 penampilan beliau bersama pasukan tersebut bawah kendalian P. Maniam.

Sepanjang karier Kogi bersama skuad kebangsaan, pemain yang terkenal menerusi kekuatan sepakan jarak itu telah mencipta lapan penampilan untuk pasukan senior dengan mengumpul dua jaringan.

Sesuatu yang sangat menarik untuk diperkatakan ialah Kogi bakal berdepan dengan pertahanan Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam pada saingan tersebut tidak lama lagi.

Asnawi yang terlebih dahulu mencipta nama dalam saingan K2 League telah pun mewakili Ansan Greeners dan sudah merekodkan prestasi sangat positif musim lalu.

Apapun, diharap Kogi dapat mencipta sesuatu yang positif di sana serta terus mengharumkan nama negara pada masa akan datang menerusi aksi dipamerkan atas padang bersama kelab baharu beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN