Pengendali Thailand, Alexander Polking jelas begitu gembira dengan perkembangan terkini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) apabila konsert yang akan diadakan di lokasi sama telah memberi kelebihan buat pasukan kendaliannya.
Beliau mengakui SNBJ adalah gelanggang keramat Harimau Malaya dan sentiasa mendapat sokongan padu dari peminat setia negara tersebut.
#NextMatch ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน 2022 รอบรองชนะเลิศ
รายละเอียด : https://t.co/IbfjaKQeJt#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/FDXiw4rftP
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) January 3, 2023
“Kami bernasib baik kerana penganjuran konsert di sini dapat mengurangkan tempat duduk sebanyak 21,000 Penyokong Malaysia.
“Tetapi kami tetap berwaspada kerana suasan di stadium pasti akan lebih meriah dengan sokongan penyokong yang hadir,” ujarnya.
Tambah jurulatih kelahiran Brazil itu, perlawanan malam esok amat penting terutama dari segi mental kerana beliau percaya ia akan jadi satu perlawanan hebat.
Oleh itu, beliau berharap agar anak buahnya dapat bermain seperti biasa dan menyerap setiap tekanan daripada tuan rumah.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 malam esok, skuad kendalian Kim Pan-gon harus mencari bekalan selesa agar perlawanan di Thailand nanti memberi kelebihan pada pasukan negara.
🎙 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦 𝗖𝗢𝗡𝗙𝗘𝗥𝗘𝗡𝗖𝗘 | บทสัมภาษณ์ของ ศศลักษณ์ ไหประโคน นักเตะ #ทีมชาติไทย 🇹🇭 ในงานแถลงข่าวก่อนเกม #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 รอบรองชนะเลิศ นัดแรก พบ มาเลเซีย 🇲🇾 ที่สนามบูกิต จาลิล ในวันเสาร์ที่ 7 ม.ค. 2566#ช้างศึก #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/0XX7gxgvMg
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) January 6, 2023
Biarpun segelintir mengatakan Malaysia bakal menghadapi perlawanan yang sukar tetapi mungkin mereka lupa kerana lima pertemuan terakhir setakat ini memihak kepada Harimau Malaya.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah di separuh akhir Piala AFF 2018 dan ia memihak kepada pasukan Malaysia ketika itu.