Analisis Perlawanan Bengaluru vs. JDT (3:1 agg 4:2)
Cabaran wakil tunggal Malaysia, JDT dalam Piala AFC berakhir. Ia sekaligus memadamkan hasrat mereka untuk mara ke final untuk kali ke-2 berturut-turut.
Permulaan
Bengaluru turun dengan formasi 4-2-3-1 dengan Rubio, Lyngdoh dan Chetri di belakang penyerang utama.
Mario Gomez mengekalkan formasi utama beliau 4-4-1-1 dengan Safiq Rahim bermain peranan Diaz. Safee Sali menjadi penggempur utama.
Bengaluru Stabil Lebih Awal, JDT Gugup
Pada fasa awal perlawnaan ini, Bengaluru settle down dengan kadar segera. JDT pula memulakan perlawanan dengan keadaan tidak begitu terurus dan agak gugup.
Namun begitu, Bengaluru tidak memiliki tempo yang terlalu pantas untuk memecahkan 2 banks of four JDT yang bertahan di kawasan yang agak ke bawah.
Bengaluru banyak menyerang menggunakan Lyngdoh di sebelah kanan.
Namun yang menariknya, JDT mendapat gol pendahuluan hasil daripada aksi lemah penjaga gol Bengaluru, Amrinder yang cuba menangkap cubaan Safee Sali.
Cubaan itu bukanlah terlalu ‘clean’ tetapi ia keras. Keputusan Amrinder untuk cuba menangkap memang satu kesilapan.
Bola termuntah ke atas dan Safiq Rahim menyambar bola dengan kepala beliau. JDT membatalkan kelebihan gol di tempat lawan Bengaluru.
JDT Bermasalah Ketika Menghadapi Setpis
Ada 2 elemen penting di sini. Pertamanya adalah kualiti setpis Lyngdoh yang sangat baik. Kedua adalah fokus pemain-pemain JDT yang lemah dalam situasi ini.
Izham Tarmizi telah beraksi baik dan sangat vokal di dalam padang namun ia masih tidak cukup untuk mengejutkan beberapa pemain JDT yang ‘tertidur’ ketika bertahan untuk setpis dalam organisasi man to man marking.
Ini gambar jarak dekat anda boleh lihat mereka bermain tigh man to man marking berhadapan dengan Bengaluru yang bermain dengan ruang. Mereka lemah dalam mengeluarkan bola pertama.
Berkali-kali mereka gagal mengeluarkan bola dengan bersih untuk bola pertama.Mungkin JDT perlu memilih zonal marking untuk mengekang struktur Bengaluru yang menekan byline.
Bengaluru memanipulasi dan containing struktur pertahanan JDT ketika setpis. 2 daripada gol Bengaluru adalah daripada setpis.
Masalah Pertahanan JDT
Dalam perlawanan ini Marcos Antonio adalah pemain yang paling banyak dimanipulasi oleh Bengaluru. Antonio kerap keluar terlalu awal tanpa ada pelan defensif yang terurus.
Antonio keluar dari garisan untuk membantu di bahagian tengah sedangkan ada 2 atau 3 pemain JDT di situ. Antonio pada satu ketika seakan-akan bermain defensive midfielder dan membiarkan Aidil berseorangan.
Defensive Midfielder JDT tidak cukup konsisten untuk melindungi back 4. Salah satu sebab Gary dimasukkan mungkin kerana kelemahan ini.
Namun saya tetap merasakan Amirul patut kekal di dalam padang dan diberikan peranan lebih ofensif.
Selain itu, pertahanan JDT tidak berada dalam garisan pertahanan yang terurus. Aidil dan Antonio kadang-kadang terlalu deep dan memberikan peluang untuk pemain Bengaluru untuk lebih penetratif.
Fazly Mazlan dan Aidil gagal membentuk koordinasi. Manakala Antonio dan Kunanlan juga memiliki masalah yang sama. Back 4 dan defensive midfielder tidak ada koordinasi yang baik.
Pelan Serangan Roca
Kesabaran adalah kunci utama mereka untuk mencari ruang yang dibuka oleh JDT. Lyngdoh adalah pemain penting dalam menggerakan dan menghantar bola ke atas.
Bengaluru bermain dengan taktikal yang sangat berbeza kali ini. Di Larkin mereka bermain dengan pelan lebih bertahan. Tetapi kali ini mereka lebih fluid dan penetratif.
Chettri akan cuba berada di half-space dan Rubio akan mengawal garisan pressing di atas. Di bawah adalah pelan asas mereka daripada 4-2-3-1 kepada 3-4-2-1/3-4-3.
Chettri dan Lyngdoh berada di half-space untuk menekan Antonio dan Aidil. Ini yang memberikan masalah kepada JDT setiap kali Aidil dan Antonio ditarik 2 pemain ini.
Mereka tidak ada pelan zonal marking yang berkesan untuk mengatasi taktikal sekunder 3-4-3 Roca yang ala Conte ini dengan Lyngdoh bermain Giaccherini run.
Di bahagian sayap, Kunanlan dan Fazly Mazlan berhadapan masalah yang sama. Bengaluru cuba memastika mereka ada counterpressing yang kuat di atas untuk memenangi bola di kawasan JDT dan menggunakan ruang yang dibuka.
Pelan Pertahanan Bengaluru
Pada awalnya kita melihat mereka meletakkan garisan pertahanan medium dan tidak terlalu tinggi. Namun perlahanan-lahan mereka menaikkan garisan pertahanan kepada sangat tinggi.
Roca mungkin melihat Safiq dan Safee tidak ada kemampuan untuk menewaskan garisan itu dengan mudah. Selain itu pemain seperti Azamuddin dan Azriff terpaksa bermain terlalu deep dan gagal melakukan larian deras.
Azriff mungkin lebih baik dari segi athleticism namun dari segi aspek membuat keputusan dan keinginan untuk masuk ke dalam kotak penalti dia sangat lemah.
Itu yang diperlukan JDT dalam perlawanan ini, iaitu permainan ala Chanturu kerana pada separuh masa kedua boleh dikatakan Safee Sali adalah anonymous.
Gomez Mencuba Pelan Terakhir
Saya masih mempersoalkan kenapa Amirulhadi dikeluarkan dan bukannya Safee Sali ataupun Azamuddin Akil? Ini kerana Gomez boleh menjimatkan menggunakan Amirul sebagai false 9.
Gomez memasukkan Junior Eldstal untuk menjadi false 9 bersama-sama dengan Marcos Antonio pada akhir babak. Ia terpaksa dilakukan.
Namun kualiti hantaran lintang JDT tidak cukup bagus untuk menewaskan pertahanan Bengaluru.
Penilaian
Masalah utama JDT dalam perlawanan ini adalah tidak ada penyerang berkualiti. Safee Sali mungkin harus menjadi pilihan ke-3 atau ke-4 untuk pasukan seperti JDT.
Jika ada Amri Yahyah sekalipun ia masih bukan pilihan terbaik untuk menjadi penggempur utama. Sebelum ini impak ketiadaan Lucero tidak dirasai kerana mereka ada Diaz yang merupakan penyerang kedua yang prolifik.
Dalam sempadan liga domestik mungkin Safee Sali masih dikira kompetitif, tetapi untuk peringkat yang lebih tinggi, Gomez perlukan pendua yang lebih baik untuk Lucero. Untuk Diaz rasanya Gomez ada pilihan yang lebih baik.
Perkara ini bukan mengejutkan untuk penyokong JDT. Cuma sepanjang musim ini mereka sentiasa ada Lucero ataupun Diaz.
Perlawanan ini adalah perlawanan sukar untuk Gomez kerana kualiti taktikal dan pemainn-pemain Roca. Jika Lucero dan Diaz ada di dalam padang, saya rasa ia cuma menyelesaikan masalah serangan tetapi bukan secara keseluruhan.
Bengaluru memiliki mentaliti yang positif. Mereka tidak panik apabila dibolosi. Mereka cuba mengekalkan permainan taktikal mereka.
Selepas menjaringkan gol pertama, mereka tidak terlalu terbuai-buai atau terlalu teruja. Mereka mencari gol kedua dengan pelan taktikal yang sama.
Jaringan kedua Chhetri itu memang luar biasa. Kemudian mereka membunuh perlawanan dengan setpis hasil jaringan menerusi sepakan penjuru.
Bengaluru adalah pasukan yang lebih baik dalam semua aspek kecuali penjaga gol mereka yang melakukan kesilapan mudah pada awal perlawanan sedangkan dia adalah penjaga gol terbaik di India.
Pemain Terbaik
Sunil Chhetri (Bengaluru)
Saya secara peribadi merasakan Lyndoh adalah pemain terbaik dalam menggerakkan taktikal dan memberikan setpis yang berkualiti.
Namun 2 gol penting Chhetri membuatkan agak kurang sopan untuk menidakkan Chhetri sebagai pemain terbaik.
Baca juga : Analisis Taktikal Piala AFC 2016: JDT Buntu Berhadapan Struktur Zonal Marking Ruang Bengaluru