Jika disebut mengenai suasana bola sepak di Asia Tenggara, jelas masih lagi banyak perlu diperbaiki dan masa untuk terus berkembang bagi memberi daya saing bersama benua lain.
Walaupun begitu, isyarat ketika ini menunjukkan sesuatu yang sangat positif, selepas beberapa negara sudah mula berevolusi dari segi corak permainan serta semakin berani mencabar wakil dari benua lebih baik seperti Asia dan Eropah.
🆖𝟱 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗟𝗘𝗠𝗦 𝗢𝗙 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗢𝗧𝗕𝗔𝗟𝗟 𝗜𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮
In 2022, ASEAN football still has problems that are not unique to any country, hindering the development of regional football. pic.twitter.com/oaS41IiCG1
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 31, 2022
Namun, beberapa masalah masih lagi dihadapi, dan perkara tersebut tidak banyak lagi mengalami perubahan dan kekal statik hingga kini.
Masalah-masalah tersebut bukan sahaja merangkumi kepada pasukan, malah ia juga membabitkan isu penyokong dari segi mentaliti dan budaya yang sukar dihakis.
Asean Football telah pun menyenaraikan isu-isu yang dihadapi tersebut dan ianya masih lagi kekal sehingga kini, malah dilihat semakin teruk daripada kebiasaan.
Perang di media sosial
Masalah ini dilihat paling utama jika ada kejohanan yang membabitkan sesama negara di rantau Asia Tenggara seperti saingan Piala AFF berlangsung kini.
Komen-komen yang tidak bertamadun seperti hinaan, ejekan, meletakkan gambar tidak sepatutnya sering kali mewarnai media sosial dalam kalangan penyokong sesama negara Asia Tenggara setiap kali ada kejohanan berlangsung.
Contohnya, penyokong Indonesia dan Malaysia boleh dikatakan sangat popular dalam melancarkan peperangan di media sosial ini sejak sekian lama.
Perkara ini akan dilihat terus berkekalan dan sukar diubah kerana ianya sudah menjadi budaya sesama penyokong sejak sekian lama.
Keganasan di stadium
Salah satu perkara yang merisaukan kini ialah insiden keganasan sesama para penyokong yang dilihat semakin menjadi-jadi malah ia kini turut melibatkan nyawa.
Sebagai contoh, Tragedi Kanjuruhan yang berlaku pada beberapa bulan lalu telah menyebabkan ramai penyokong bola sepak di sana terkorban dan menyebabkan saingan Liga 1 Indonesia dihentikan seketika untuk siasatan.
Aksi suporter yang memanjat pagar pembatas lalu merebut bendera Thailand.. https://t.co/tXIElO8jJJ
— Extra Time Indonesia (@idextratime) December 30, 2022
Terbaharu, insiden keganasan tersebut terus berlaku dengan sekali lagi membabitkan penyokong Indonesia yang menyerang bas membawa para pemain Thailand untuk aksi Piala AFF.
Perkara ini bukan sahaja mencerminkan negara, malah ia juga memberi gambaran buruk mengenai bola sepak di Asia Tenggara kepada benua lain.
Di Malaysia juga beberapa insiden sebegini berlaku dengan terbaharu bas yang membawa pemain Selangor telah diserang penyokong Terengganu sehingga menyebabkan ada kerosakan berlaku.
Pembubaran kelab tempatan
Selepas wabak pandemik Covid-19 berlaku, beberapa kelab tempatan di rantau Asia Tenggara mula menarik diri kerana pelbagai isu seperti masalah kewangan.
Perkara-perkara ini bukan sesuatu yang asing, tambahan lagi jika membabitkan kelab yang tidak mempunyai sumber kewangan kukuh serta penyokong ramai.
TERKINI: PJ City Ucap Selamat Tinggal Kepada Liga Malaysiahttps://t.co/qwgHenw88Q
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 11, 2022
Di Malaysia, Petaling Jaya City antara kelab terbaharu yang sah menarik diri untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan, namun ada perkhabaran pasukan tersebut mungkin akan terus kekal bersama pengurusan baharu.
Kualiti pengadil
Isu konsistensi pengadil ini jelas menjadi sangat popular dan sudah banyak disuarakan oleh pelbagai pihak terutama sekali dalam kalangan penyokong sejak sekian lama.
Selain isu yang berlegar dalam saingan liga domestik di negara masing-masing, kualiti pengadil yang bertugas untuk siri perlawanan antarabangsa membabitkan wakil Asia Tenggara juga kurang memuaskan.
Jika dibandingkan dengan benua yang lebih maju dalam bola sepak, jurang pengadil di Asia Tenggara kini masih lagi agak jauh dan perubahan segera pastinya diharapkan oleh para penyokong.
FAM telah menghantar surat rasmi kepada AFF berhubung mutu pengadilan ketika perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Vietnam lwn Malaysia pada Selasa, 27 Disember 2022.
▶️ Baca penuh di https://t.co/90t8anDFKV#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/2Cz4JbesiE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 29, 2022
Infrastruktur yang masih mundur
Tidak perlu melihat kepada kualiti stadium masing-masing jika prasarana lain juga masih lagi dalam keadaan menyedihkan serta serba kekurangan.
Sesetengah kelab tempatan di Asia Tenggara juga dikhabarkan masih lagi tiada padang infrastruktur yang baik di padang latihan dan para pemain masih perlu menukar baju dalam kenderaan masing-masing.
Kualiti padang yang digunakan juga masih lagi kadangkala menyedihkan dari segi sistem pengaliran air, permukaan berlopak, serta rumput kering dilihat jelas pada kaca televisyen.
Walaupun begitu, usaha-usaha mula dibuat kini selepas kesedaran mula timbul dalam kalangan masing-masing yang bertangggungjawab untuk tampil memberi terbaik dalam pemodenan bola sepak di Asia Tenggara.