Indonesia terpaksa berpuas hati sahaja dengan mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Thailand dalam aksi ketiga mereka untuk saingan Piala AFF 2022.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno itu, Indonesia jelas lebih dominan di posisi serangan menerusi beberapa peluang bahaya berjaya dicipta.
Hasil imbang 1-1 menutup laga kontra Thailand, sore ini.
Terus fokus dan semangat pada laga selanjutnya, Garuda! ✊🏼🇮🇩#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/xjlNymrSlN
— PSSI (@PSSI) December 29, 2022
Namun, kualiti penyudah mereka jelas mengecewakan selepas beberapa peluang terbuka yang berjaya dicipta hanya dilepaskan begitu sahaja.
Sang Garuda hanya memperoleh gol pembukaan menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh tonggak mereka iaitu Marc Klok selepas situasi bola terkena tangan pertahanan Thailand.
Sebaliknya, pelawat yang beraksi dengan 10 orang pemain selepas itu menerusi layangan kad merah kepada Sanrawat Detchmitr pula berjaya mendapatkan gol penyamaan dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.
Shin Tae-yong yang merupakan pengendali utama Indonesia menganggap keputusan perlawanan itu sebagai sesuatu yang merugikan buat mereka, setelah banyak peluang terhidang dilepaskan begitu sahaja.
Dari titik putih, Marc Klok sukses memberikan gol pertama untuk Indonesia! ✊🏼🇮🇩#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/3hsP5o2Uc4
— PSSI (@PSSI) December 29, 2022
“Semua orang yang menyaksikan perlawanan ini boleh melihat bagaimana kami berjaya mencipta banyak peluang untuk mendapatkan gol.
“Sudah tentu aspek penyudah akan diperbaiki oleh saya pada aksi akan datang, kerana pada pendapat saya kami sepatutnya mencipta kemenangan pada perlawanan ini.
“Pada perlawanan akan datang, saya percaya yang kami pasti mampu untuk kembali melakar kemenangan.
“Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih buat para pemain atas usaha keras yang mereka berikan untuk perlawanan ini,” jelas Tae-yong menerusi Bola.com.
Dari segi penguasaan bola, Thailand jelas memainkan peranan dengan lebih jelas sepanjang perlawanan berlangsung terutama sekali di bahagian tengah.
Namun, tuan rumah lebih mendominasi dari segi untuk peluang mencipta gol menerusi beberapa gerakan serta percubaan menarik dibuat.
Salah satu detik yang pastinya mengecewakan ramai penyokong Indonesia, pastinya ketika situasi Witan Sulaeman yang gagal menyempurnakan peluang selepas sepakan beliau sedikit tersasar biarpun penjaga gol lawan sudah pun tertewas.
Marc Klok ⚽#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/Hc1ZE0fyVe
— PSSI (@PSSI) December 29, 2022
Untuk rekod semasa, Indonesia masih lagi belum mencatat sebarang kekalahan ketika ini dengan unggul mengatasi Kemboja serta Brunei sebelum terikat seri bersama Thailand.