Piala AFF 2022: Thailand Mahu Sakitkan Hati Ribuan Penyokong Indonesia

Thailand

Thailand dilihat tidak sabar untuk menyakitkan hati ribuan Indonesia yang bakal hadir ke Stadium Gelora Bung Karno untuk menyaksikan aksi kedua-dua pasukan pada hari ini.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu di Jakarta selepas kedua-dua pasukan berjaya merakamkan kemenangan dalam aksi awal mereka sebelum ini.

Bagi jurulatih Thailand, Mano Polking, itu adalah misi besar Thailand bertandang ke Jakarta walaupun beliau sedar ianya bukan tugas muda bermain di Gelora Bung Karno.

Namun dengan rekod kemenangan yang cukup baik setakat ini dalam Piala AFF 2022, beliau yakin misi meraih tiga mata sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan bola dilaksanakan.

“Menentang Indonesia di laman mereka sendiri bukan satu tugas mudah buat kami. Penyokong mereka pastinya akan memenuhi stadium dan mencipta suasana hebat untuk bermain bola sepak.

“Akan tetapi, ada beberapa pemain yang mempunyai pengalaman beraksi dalam keadaan sebegini. Ianya bukan perkara baharu untuk mereka dan semestinya kami bersedia untuk cuba mendapatkan tiga mata,” kata Polking menerusi Bangkok Post.

Dilaporkan, jualan tiket untuk perlawanan antara Indonesia dan Thailand ini telah habis dijual dengan Gelora Bung Karno akan dipenuhi dengan lautan Merah Putih yang mempunyai Garuda di dada mereka.

Thailand memperoleh rekod sempurna dalam kejohanan ini apabila merakamkan dua kemenangan selepas membenam Brunei 5-0 dan Filipina 4-0.

Sementara Indonesia pula merakamkan kemenangan ke atas Kemboja dengan jaringan 2-1 serta membelasah Brunei 7-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN