Penang menjadi antara pasukan yang sangat aktif ketika ini dalam menandatangani khidmat pemain terbaru untuk persiapan pada musim hadapan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Sebelum itu, mereka telah pun membawa lima bintang import baharu serta mengekalkan seorang pemain musim lalu iaitu Rafael Vitor untuk memperkukuhkan skuad.
Terbaharu, Penang dijangka akan mengikat bekas pemain kebangsaan Myanmar yang ketika ini beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand iaitu Zaw Min Tun.
Pemain yang beraksi di posisi pertahanan tengah itu dijangka bakal berpindah daripada kelab lamanya iaitu Chonburi FC untuk menyertai Liga-M musim hadapan bersama Penang.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam, apabila Zaw Min Tun dikhabarkan bakal menjadi import keenam terbaharu Penang musim hadapan.
“Zaw Min Tun dari Myanmar bakal melengkapkan perpindahan ke Penang FC dari Chonburi FC sekaligus jadi pemain import ke-6 kelab berkenaan yang sebelum ini mengumumkan ‘5 new signing’ iaitu Ryu Yamaguchi, Curt Dizon, Soony Saad, Giovane Gomes dan Adriano,” jelas beliau di Twitter.
Sebelum ini, Zaw merupakan salah seorang tonggak pertahanan yang beraksi buat skuad kebangsaan Myanmar dan mempunyai reputasi sangat positif.
Zaw Min Tun dari Myanmar bakal melengkapkan perpindahan ke Penang FC dari Chonburi FC sekaligus jadi pemain import ke-6 kelab berkenaan yang sebelum ini mengumumkan '5 new signing' iaitu Ryu Yamaguchi, Curt Dizon, Soony Saad, Giovane Gomes dan Adriano. 🚨🇲🇲
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 27, 2022
Di Thailand, Zaw pernah beraksi bersama beberapa kelab sebelum memutuskan untuk mewakili Chonburi FC dan bermain sebanyak 10 perlawanan di sana.
Untuk rekod, Penang sah tidak menyambung kontrak semua pemain import musim lalu, kecuali hanya mengekalkan Rafael sahaja untuk musim depan.
Menerusi rombakan yang dibuat, pasukan tersebut juga tidak lagi akan bekerjasama dengan pengendali musim ini iaitu Dato’ Zainal Abidin Hassan yang mengambil alih kejurulatihan kelab itu pada pertengahan musim 2022.
Beberapa pemain tempatan juga kini sah menyertai Penang seperti Nik Akif Syahiran, Azfar Arif, Azmeer Aris, dan dijangka nama-nama lain juga bakal menyusul.
Musim ini menyaksikan segalanya tidak begitu menjadi buat Penang, selepas pasukan tersebut sekadar menamatkan kedudukan liga di tangga tercorot.
✅ OFFICIAL: Zaw Min Tun (30/CB/🇲🇲) rejoins to Chonburi (🇹🇭) from Trat FC (🇹🇭) ..✍️ pic.twitter.com/8vcERzv6wM
— FOOTBALL for EVERYONE (@Football4Evry1) July 4, 2022
Pastinya perubahan baharu diperlukan kelab tersebut, supaya mereka kembali dapat bersaing dengan lebih sengit untuk musim hadapan.