Ketika ramai memperkatakan mengenai penjaring gol terbanyak Harimau Malaya iaitu Faisal Halim dan beberapa nama penjaring gol lagi, tampil seorang pemain yang boleh disifatkan sangat menyerlah ketika aksi menentang Laos.
Tampil dengan kerajinan untuk membantu serangan serta tidak membenarkan lawan melepasi zon beliau, menjadikan Fazly Mazlan antara wira tak didendang pada perlawanan tersebut.
Fazly Mazlan Pemain Ke-30 Harimau Malaya
▶️ Baca penuh di https://t.co/ZHRrNttjaM
——-
Fazly Mazlan Is Harimau Malaya's 30th Player
▶️ Read more at https://t.co/ZHRrNttjaM#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/ETRUwE0Tub
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 24, 2022
Fazly yang menggantikan tugas Khuzaimi selepas pemain tersebut sah mengalami kecederaan dilihat tampil mempamerkan aksi cukup berkualiti sejak perlawanan menentang Myanmar lalu lagi.
Musim ini boleh disifatkan sebagai tahun terbaik buat Fazly selepas beliau dilihat sangat konsisten bersama Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
28 perlawanan membabitkan beliau bersama Selangor musim ini, menjadikan dirinya mendapat tumpuan Kim Pan-gon untuk dibawa masuk sertai skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF.
Walaupun pada awalnya kelibat Fazly menjadi kritikan segelintir para penyokong kerana faktor usia dan prestasi semasa, pemain ini tampil menepis perkara tersebut menerusi prestasi semasa beliau.
Pada aksi lalu, Fazly berjaya mempamerkan aksi terbaik untuk membentuk gandingan bersama Sharul Nazeem dan Quentin Cheng jelas memberi banyak masalah buat serangan lawan untuk melepasi mereka.
Keputusan Masa Penuh
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Sabtu, 24 Disember 2022
MALAYSIA 🇲🇾 5-0 🇱🇦 LAOS
⚽️ Sergio Aguero 29' Faisal Halim 65' 68' Haqimi Azim Rosli 77' Stuart Wilkin 87'#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/76Ost31MY7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 24, 2022
Malah, beliau juga dilihat tidak bermasalah untuk membentuk keserasian bersama Brendan Gan di separuh masa kedua dan aktif membantu serangan negara.
Kelebihan Fazly yang seimbang di posisi pertahanan dan serangan sememangnya sudah diakui sebelum itu ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), sebelum kehadiran La’vere Corbin-Ong.
Walaupun selepas itu aksi Fazly sedikit tidak konsisten dan agak tenggelam, musim ini pastinya menjadi yang sangat terbaik buat pertahanan berusia 29 tahun itu kembali menyerlah.
Berdasarkan prestasi positif ditampilkan oleh Fazly, dijangka pemain ini akan terus dipilih Pan-gon untuk membarisi kesebelasan utama skuad kebangsaan.
Malaysia akan membuat perhitungan aksi seterusnya berdepan Vietnam dalam misi untuk mencerahkan peluang beraksi di pusingan seterusnya dalam aksi Piala AFF 2022.
Fazly Mazlan antara pemain yang paling konsisten di bahagian pertahanan pada tahun ini dan telah membuat 2️⃣8️⃣ penampilan pada musim ini.#MKLK pic.twitter.com/M3Y1c9os8s
— Selangor FC (@selangorfc) December 7, 2022
Jika mereka berjaya mencatat kemenangan di gelanggang lawan, maka tekanan untuk aksi seterusnya berdepan Singapura pastinya akan berkurangan bagi terus memberi reaksi positif buat para penyokong tanah air.