Untuk beberapa kelab besar, mereka tidak kisah untuk meletakkan pemain harga puluhan juta di bangku simpanan.
Namun untuk pemain-pemain seperti Alvaro Moratta dan Henrik Mkhitaryan ia mungkin sedikit mengejutkan kerana kedua-dua mereka dilihat akan menjadi pilihan utama dengan segera.
Berikut adalah 5 senarai pemain yang mahal dan masih gagal mendapatkan tempat di kesebelasan utama dengan konsisten dan lebih banyak berada di bangku simpanan walaupun sudah Oktober.
5. Michy Batshuayi (Chelsea)
Chelsea membelanjakan €38 juta untuk pemain muda ini.
Ramai meramalkan pemain muda ini akan mendapat tempat dalam sistem 3-5-2 Conte. Namun buat masa ini Conte lebih memilih 3-4-3 dan Diego Costa adalah no.9 tunggal dalam kesebelasan utama.
Batshuayi membuktikan beliau boleh beraksi dengan baik dalam formasi penyerang berkembar. Batshuayi sudah membuka akaun gol beliau dengan Chelsea.
Buat masa ini, Batshuayi mungkin harus menjadi no.2 kepada Costa. Penyerang Sepanyol itu dalam prestasi luar biasa buat masa ini.
Mungkin Batshuayi akan menjadi penyerang utama dalam pertandingan piala.
4. Alvaro Morata (Real Madrid)
Real Madrid perlu membayar €60 juta untuk membawa balik bekas bintang muda buangan mereka. Aksi cemerlang Morata di pentas Eropah dalam 2 musim sebelum ini menjadi sebab utama dia kembali ke Santiago Bernabeu.
Ramai menjangkakan Morata akan menjadi pilihan utama setelah aksi kurang konsisten Karim Benzema yang disifatkan penyokong Madrid sudah hilang magis.
Sebaliknya pula, Morata hanya akan memulakan perlawanan jika Karim Benzema tidak dapat berbuat demikian. Anda pastinya teringat gandingan luar biasa beliau dengan Dyabala musim lalu.
3. Leroy Sane (Manchester City)
Bermacam-macam teori diberikan oleh pemerhati bola sepak ke atas perpindahan Sane. Ada yang meganggap kedatangan Sane adalah pengakhiran untuk Raheem Sterling.
Beliau adalah pemain yang memiliki larian yang sangat deras. Memiliki skil dan kreativiti. Tidak lupa jaringan cantik ke atas Real Madrid musim lalu.
Namun sehingga ke hari ini, beliau adalah pilihan kedua di belakang Sterling dan Nolito. Sane lebih dilihat pemain yang akan bermain dalam pertandingan piala domestik untuk City.
2. Henrik Mkhitaryan (Manchester United)
United membelanjakan €42 juta untuk pemain tengah menyerang terbaik eropah pada musim lalu. Ramai menganggap ia adalah harga yang murah untuk kualiti beliau.
Namun begitu, beliau masih gagal menempatkan diri dalam pasukan utama. Sebelum ini, beliau menjadi pilihan kedua di belakang Wayne Rooney.
Posisi no.10 Manchester United musim ini jelas sekali masih dimiliki Mata secara merit.
Dalam perlawanan Manchester United menentang Liverpool, Mourinho lebih memilih Rashford dan Young berbanding dengan Mkhitaryan.
Dengan Wayne Rooney yang semakin kerap di bangku simpanan, ia mungkin proses transisi untuk Mkhitaryan menjadi pemain utama selepas ini.
1. Andre Gomes (Barcelona)
Barcelona membayar €35 juta untuk pemain simpanan. Sebelum ini Luis Enrique menyatakan kegagalan Barcelona musim lalu adalah kerana kurang kekuatan di bangku simpanan.
Jadi ia bukan mengejutkan untuk melihat Gomez menjadi pemain simpanan untuk tempoh lebih lama. Di bahagian tengah, Barcelona masih kekal dengan Iniesta, Rakitic dan Busquet.
Gomes ada bermula dalam beberapa perlawanan namun aksi beliau masih gagal untuk memenuhi penanda aras di Barcelona.
Baca juga : Reviu Liga Perdana 2016: Pasukan Mana Paling Mengecewakan? Perpindahan Mana Paling Berbaloi?