Karim Benzema ‘Unfollow’ Semua Pemain Perancis Kecuali 5 Bintang Ini

Hanya lima sahaja pemain dari skuad utama Perancis yang masih diikuti oleh Karim Benzema di laman Instagram dengan bintang Real Madrid itu telah unfollow kesemua yang lain baru-baru ini.

Pemenang anugerah Ballon d’Or itu telah mengumumkan persaraannya dari pentas bola sepak antarabangsa selepas kekalahan Perancis di tangan Argentina dalam aksi perlawanan akhir Piala Dunia Qatar.

Karim Benzema memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan menyatakan:

“Saya telah berusaha dan saya juga ada melakukan silap untuk sampai di mana saya ada hari ini dan saya bangga dengan mereka. Saya sudah putuskan yang kisah saya dan kami sudah sampai ke penghujungnya.”

Perlawanan terakhir Benzema bersama skuad Perancis sepatutnya pada aksi perlawanan akhir di pentas Piala Dunia, namun dek kerana beliau digugurkan pada saat-saat akhir, maka hal itu tidak menjadi kenyataan.

Beberapa hari sahaja menjelang aksi perlawanan pembukaan bertemu Australia, Persatuan Bola Sepak Perancis telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mengejutkan peminat seluruh dunia.

Perancis mengumumkan yang mereka bakal turun beraksi di pentas Piala Dunia 2022 ini tanpa Karim Benzema.

“Dek kerana mengalami kecederaan di paha kiri, Karim Benzema terpaksa digugurkan dari skuad Piala Dunia.”

Tulis kenyataan dari Persatuan Bola Sepak Perancis.

“Kesemua pemain dari skuad Perancis turut berkongsi kesedihan bersama Benzema dan berharap dia segera sembuh.”

Pengurus skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps turut mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan:

“Saya sangat bersedih untuk Karim yang menjadikan Piala Dunia ini sebagai sasaran utama dia. Walaupun ia tamparan baru untuk skuad Perancis, saya sangat yakin dengan pasukan saya. Kami akan lakukan apa sahaja untuk hadapi cabaran yang menanti kami.”

Walau bagaimanapun, beberapa hari sebelum sepak mula aksi perlawanan akhir Piala Dunia, terdapat banyak laporan yang menyatakan bahawa Benzema bakal diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Ketika semua pihak sedang hangat bercakap tentang hal tersebut, Deschamps segera menafikan hal itu dalam satu sesi sidang media.

Tidak lama selepas itu, tular berita yang mendakwa bahawa Benzema bengang kerana beliau digugurkan dari skuad Perancis kerana keputusan dari Deschamps.

Laporan sama turut menyatakan yang Benzema hanya memerlukan tiga hari sahaja untuk kembali pulih dan beliau sepatutnya boleh bermain sejak dari aksi peringkat kumpulan lagi.

Benzema tidak hadir ketika aksi perlawanan akhir di Qatar dan pemenang Ballon d’Or 2022 itu segera mengumumkan persaraannya selepas tamat aksi perlawanan bertemu Argentina itu.

Hanya lima pemain Perancis sahaja yang tak kena unfollow dengan Benzema

Terbaru, Benzema dilaporkan telah unfollow kesemua pemain dari skuad utama Perancis kecuali lima sahaja dari mereka.

Ia merupakan satu hal yang sangat mengejutkan kerana beliau unfollow kesemua rakan sepasukannya itu dan hanya meninggalkan lima sahaja dari mereka.

Hal tersebut telah didedahkan oleh media Sepanyol, Marca yang mendakwa bahawa Benzema hanya mengikuti Eduardo Camavinga, Aurelian Tchouameni, Kylian Mbappe, Raphael Varane dan Marcus Thuram sahaja di laman Instagram miliknya.

Selain dari lima pemain ini, kesemua pemain lain dari skuad kebangsaan Perancis telah diunfollow oleh Benzema.

Pemain penyerang itu walau bagaimanapun masih mengikuti akaun rasmi skuad bola sepak Perancis walau beliau sudah unfollow hampir kesemua para pemain dari skuad utama negaranya.

Benzema sudah mengumumkan persaraannya dari pentas bola sepak antarabangsa, namun tidak akan mengejutkan andai beliau satu hari nanti menarik balik keputusannya dan kembali beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN