Piala AFF 2022: Haqimi Rosli Dahagakan Lebih Banyak Gol Untuk Malaysia

Haqimi Rosli

Penyerang muda kebangsaan, Haqimi Rosli kini semakin berkeyakinan dan bersemangat untuk terus menjaringkan gol jika diberi peluang dalam perlawanan seterusnya.

Pemain berusia 19 tahun ini melakukan penampilan pertama bersama Harimau Malaya di kejohanan Piala AFF 2022 sebagai pemain gantian dan kepercayaan ini dibalas dengan mencetak jaringan cantik menerusi sepakan voli.

“Saya sangat bangga sebab dapat melakukan penampilan pertama dan dapat menjaringkan gol untuk pasukan.

“Saya telah menunggu lama untuk detik ini dan saya berterima kasih kepada jurulatih atas kepercayaan beliau kepada saya,” ujarnya.

Kemasukannya memberi nafas baharu di bahagian serangan dan banyak gerakan dari pemain ini telah mengucar-kacirkan barisan pertahanan Laos.

Beliau juga hampir menjaringkan gol kedua peribadi buat dirinya namun percubaan beliau sedikit tersasar.

Biarpun beraksi cemerlang dan mendapat pujian ramai, pemain Kuala Lumpur City ini tetap merendah diri dan mengakui dirinya masih banyak perlu dipelajari.

Beliau masih mahu belajar dari rakan sepasukan untuk memastikan ketajaman di hadapan gol terus menjadi senjata utama buat dirinya.

Dalam perlawanan semalam, selain berjaya meletakkan nama dalam senarai penjaring, beliau turut melakukan satu bantuan jaringan untuk rakan sepasukan.

Dengan usia masih lagi muda di tambah ketinggian Haqimi, ia adalah prospek terbaik untuk masa hadapan negara memandangkan Malaysia masih ketandusan penyerang berbisa di hadapan gol.

Dengan momentum terbaik yang beliau ada, sudah pasti ia memberi lebih banyak pilihan kepada jurulatih kebangsaan untuk memilih pemain terbaik bagi menghadapi pusingan akhir Piala Asia 2023 nanti yang akan diadakan di Qatar.

Untuk perlawanan seterusnya di Vietnam, dirinya tetap optimis dapat memberi aksi lebih baik dan membantu pasukan mencapai kemenangan jika diturunkan. Apa yang penting, Haqimi akan sentiasa bersedia apabila diturunkan oleh jurulatih pada bila-bila masa.

Baginya, beliau tidak kisah berkenaan beraksi dalam kesebelasan utama atau sebagai pemain gantian kerana apa yang penting adalah mereka akan berjuang bersama-sama untuk mencapai kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN