Merungkai Kenapa Istilah Memarkir Bas (Park The Bus) Sinonim Dengan Mourinho

Ramai generasi baru bola sepak tidak tahu sebab kenapa media dan peminat bola sepak terutamanya penyokong Tottenham Hotspurs menjadi ‘gila’ membahan setiap kali pasukan Jose Mourinho bermain defensif.

Untuk peminat Chelsea, mereka sendiri pernah merasa tempias dibahan kerana taktikal Roberto Di Matteo ketika mereka menjuarai UCL.

Ianya ironik kerana Chelsea dan Mourinho sangat sinonim. Untuk penyokong Manchester United yang kehairanan kenapa orang membahan ketika Manchester United bertahan sehingga 9 pemain menentang Liverpool.

Kenapa jurulatih lain orang tidak ambil kisah sangat, sedangkan Diego Simeone pun suka bermain bertahan walaupun tidak menggunakan flat 6 ketika bertahan.

Baiklah, penjelasan mudahnya adalah bukan sebab Manchester United, Real Madrid, Inter Milan atau Chelsea, sebaliknya ia kerana Jose Mourinho.

Mourinho Orang Pertama Membentangkan Maksud Park The Bus

Pada musim 2004, Mourinho banyak mengkritik pasukan yang bermain bertahan. Beliau selalu berkata, pasukan yang suka bertahan adalah pasukan penakut dan tidak menghormati Chelsea yang suka bermain bola.

LONDON, ENGLAND - SEPTEMBER 19: Didier Drogba of Chelsea battles with Thimothee Atouba of Spurs during the Barclays Premiership match between Chelsea and Tottenham Hotspur on September 19, 2004 at Stamford Bridge, London, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)
LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 19: Didier Drogba of Chelsea battles with Thimothee Atouba of Spurs during the Barclays Premiership match between Chelsea and Tottenham Hotspur on September 19, 2004 at Stamford Bridge, London, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

“Bermain bola sepak bermaksud anda cuba menyerang dan menjaringkan gol bukannya bertahan sepanjang perlawanan.” – Jose Mourinho

Pada September 2004, ketika perlawanan Chelsea menentang Tottenham Hotspurs,  perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Mourinho meneruskan kritikan beliau ke atas taktikal defensif pasukan lawan. Jose dengan lantang mengutuk Spurs di sidang media selepas perlawanan.

“Kalau di Potugal, kami suka menggelarkan ia perbuatan membawa masuk bas dan memakirkannya di depan pintu gol kemudian biarkannya ia di sana.”

“Tottenham mungkin juga telah meletakkan bas pasukan mereka di depan pintu gol.”

“Kadang-kadang apabila anda berada di sebuah kelab besar, kelab yang sangat kecil akan datang ke stadium anda dan membawa balik satu mata. Bagi saya Spurs tidak layak membawa 1 mata itu.”

“Kami mahu bermain bola sepak. Mereka tidak mahu. Kami mahu menjaringkan gol. Mereka tidak mahu. Berkali-kali mereka menendang bola keluar dan melengah-lengahkan perlawanan. ”

“Ia perkara yang mengecewakan untuk saya, pemain saya, semua penyokong Chelsea serta semua penyokong bola sepak di dunia.”

“Ini kerana saya bukan membayar £50 hanya untuk melihat satu pasukan sahaja yang mahu bermain, satu pasukan lagi asyik terjatuh dan jatuh lagi serta meminta rawatan.”

“Ada 5 minit sahaja masa tambahan. Bagi saya, sepatutnya diberikan 15 minit kerana mereka banyak melengahkannya.”

“Jika anda menutup televisyen setiap kali mereka menjatuhkan diri dan melengahkan perlawanan. Anda dapati, anda menjimat masa tontonan anda selama 15 minit.”

“Kami menamatkan perlawanan dengan semua penyerang kami berada di padang, Kezman, Duff, Drogba dan Gudjohnsen.”

“Anda tidak perlu menamatkan perlawanan dengan begitu ramai penyerang jika pasukan lawan bermain untuk mencari gol.”

“Di bangku simpanan saya ada Adrian Mutu dan Arjen Robben. Saya tidak memerlukan pertahanan.”

“Kesian saya tengok Defoe (pemain Spurs) kerana terpaksa banyak mengejar bola. Saya turut bersimpati melihat Petr Cech yang tidak ada kerja di dalam padang sebab mereka tidak menyerang.”

“Petr Cech boleh membawa kerusi dan duduk di sana.”

Komen pedas Mourinho ini tidak disenangi oleh pengurus Spurs ketika itu, Jacques Santini.

Santini menyifatkan kenyataan Mourinho ini lebih kepada kecewa kerana tidak dapat menyamakan mata dengan pendahulu liga ketika itu.

Itulah kisah bagaimana kenyataan ‘Park The Bus’ diterangkan kepada media dengan teliti oleh Mourinho. Ini kerana sebelaum ini ia hanya stereotaip yang digunakan di Portugal, berdasarkan maklumat beliau.

Sejak hari itu, setiap kali Mourinho bertahan, media dan peminat bola sepak akan membangkitkan isu memarkir bas ini dan membahan beliau.

Baca juga : 5 Cerita Menarik Daripada Buku Terbaru ‘Jose Mourinho: Up Close And Personal’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN