12 Gol Diledak Untuk Aksi Piala Dunia, Mbappe Contoh Pemain Muda Terbaik Generasi Kini

Kylian Mbappe terus menjadi salah satu pemain paling mencuri tumpuan untuk saingan Piala Dunia kali ini, selepas beliau pernah menggemparkannya pada saingan tersebut ketika tahun 2018.

Pada usia 23 tahun, Mbappe sudah pun dianggap sebagai nadi utama Perancis dalam membimbing serangan dan edisi kali ini, pemain tersebut terus cemerlang dari segi individu.

Selaku pemenang Kasut Emas untuk edisi Piala Dunia kali ini, Mbappe membuktikan kenapa beliau merupakan mesin gol terbaharu dunia kepada seluruh penyokong bola sepak dunia.

Beliau yang meledak hatrik pada aksi final ini berjaya mengesahkan diri untuk tampil selaku penjaring terbanyak biarpun mendapat tentangan sengit daripada Lionel Messi.

Jumlah rekod gol keseluruhan yang diledak oleh Mbappe pada kejohanan ini ialah sebanyak lapan jaringan daripada tujuh aksi dihadapi pemain tersebut.

Ianya sekali gus memperbaiki rekod beliau pada tahun 2018 yang ketika itu hanya meledak empat gol sahaja untuk Perancis serta tiada sebarang bantuan jaringan dicatat Mbappe.

Jaringan pertama beliau di Qatar terhasil ketika perlawanan pembukaan menentang Australia selepas Perancis mencatat kemenangan besar 4-1.

Selepas itu Mbappe meledak dua gol kemenangan ketika mereka menewaskan Denmark, tetapi gagal menghasilkan sebarang jaringan sewaktu berdepan Tunisia.

Pada pusingan 16 terbaik, Mbappe sekali lagi membuktikan ketajaman beliau selepas menjaringkan dua gol untuk membantu Perancis mencatat kemenangan atasi Poland 3-1.

Untuk aksi suku serta separuh akhir pula, pemain lincah tersebut tidak menghasilkan sebarang gol sehingga beliau mencatat hatrik pada perlawanan final ketika bertemu Argentina.

Secara keseluruhan daripada dua aksi Piala Dunia yang disertai Mbappe ini, beliau telah pun meledak 12 gol dan ia merupakan suatu jumlah jaringan yang sangat hebat untuk pemain muda seperti dirinya.

Pada aksi final tersebut, Mbappe menjadi ancaman paling besar buat Argentina menerusi teknik kawalan bola beliau yang lincah serta larian deras dibuat untuk merosakkan sistem pertahanan lawan.

Jika Messi menjadi pemimpin utama buat Argentina di posisi serangan, maka Mbappe memainkan peranan penting di posisi hadapan Perancis untuk mendapatkan gol.

Suka atau tidak, Mbappe akan terus menjadi contoh terbaik selaku generasi baharu dalam dunia bola sepak, dan beliau masih mempunyai masa panjang untuk terus meraih pelbagai kejuaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN