Qatar 2022: Ini Teori Meletusnya ‘Perang Dingin’ Antara Deschamps & Benzema

Karim Benzema Didier Deschamps Perancis Piala Dunia 2022

Adakah hubungan antara pengendali Perancis Didier Deschamps dan Karim Benzema semakin retak dan kedua-duanya sedang melalui ‘perang dingin’?

Menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala Dunia 2022 antara Argentina dan Perancis, malam ini, nama Karim Benzema kembali menjadi sebutan.

Ini kerana, beliau berada dalam senarai 26 pemain Perancis untuk Piala Dunia dan layak untuk dinobatkan bersama – jika Perancis menang ke atas Argentina di pentas final, walaupun langsung tidak beraksi di sana.

Beliau disisihkan oleh pengendali, Didier Deschamps menjelang kempen di Qatar bermula disebabkan mengalami kecederaan pada saat-saat akhir.

Menurut laporan portal dari Sepanyol, Sport, Deschamps telah mengambil kesempatan atas kecederaan ‘ringan’ Benzema untuk singkirkan pemain itu.

Penyerang Real Madrid itu akhirnya sempat pulih daripada kecederaan yang dialaminya ketika ‘Les Bleus’ mengesahkan tiket ke pusingan 16 terbaik.

https://twitter.com/FnewsFoot/status/1602777472873160704

Malah, ketika ditanya pihak media tentang kemungkinan pemain itu akan kembali ke pasukan, Deschamps menjawab, “Saya tidak mahu komen.

Adakah hubungan antara kedua-duanya retak? Hubungan dingin ini dapat dilihat sejak Benzema dihantar pulang, sehari sebelum sepak mula.

ESPN melaporkan, Presiden Perancis, Emmanuel Macron ada menjemput Benzema bersama-sama Laurent Blanc, Zinedine Zidane and Michel Platini untuk terbang ke Doha bagi menyaksikan perlawanan akhir itu, namun penyerang berusia 34 tahun itu dikatakan telah menolak jemputan.

Walaupun beliau juga akan mendapat apa yang pasukan mereka raih di pentas akhir nanti, jelas seperti beliau tidak lagi berminat ambil peduli.

Saya tak peduli,” titipnya di Instagramnya, semalam. Mungkin ia merujuk kepada jemputan tersebut ataupun sebarang isu berkaitan Piala Dunia.

Adakah kisah hubungan retak ini hanya khabar angin atau situasi sebenar? Berdasarkan cara jawapan kedua-duanya, seperti menjelaskan segalanya.

Menurut pendedahan oleh portal dari Sepanyol, Relevo, Deschamp sebenarnya terasa hati dengan tindakan Benzema tidak berterima kasih kepadanya ketika meraih Ballon d’Or. Beliau rasa beliau layak dihargai.

Diikuti dengan tindakan Deschamps menggugurkan namanya selepas itu di atas sebab kecederaan yang boleh pulih, ini menjadikan teori ini realiti.

Begitupun, ini tidak bermaksud Benzema tidak ambil kisah aksi final yang mana Perancis mampu pertahankan Piala Dunia selepas menjulangnya pada edisi yang lalu. Beliau tetap berada di belakang rakan-rakannya.

Dalam pada itu, Presiden Perancis akan terbang ke Doha bersama-sama Paul Pogba, N’Golo Kante, Presnel Kimpembe dan Christopher Nkunku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN