Kapten Filipina Anggap Vietnam Dan Indonesia Calon Utama Raih Kejuaraan Piala AFF

Menjelang aksi Piala AFF yang akan tiba tidak berapa lama lagi, setiap pasukan kini boleh dikatakan sudah pun mempersiapkan barisan pemain mereka dalam misi merebut kejuaraan tersebut.

Selain Malaysia yang rancak membuat persiapan menerusi kem latihan pusat dan beberapa aksi persahabatan, beberapa negara tumpuan seperti Indonesia, Thailand, serta Filipina juga dianggap sangat bersedia.

Menurut kapten Filipina iaitu Stephen Shcrock, beliau menganggap empat negara pilihannya mampu untuk mencabar kejuaraan Piala AFF kali ini.

Salah satu negara yang dikaitkan adalah Indonesia selepas beliau melihat persiapan pasukan tersebut serta dibarisi oleh barisan pemain berkualiti.

Selain itu, Vietnam juga dianggap Schrock sebagai salah satu negara pilihan untuk menjuarai kejohanan tersebut selepas pengalaman beliau sebelum ini bersama Filipina yang tewas kepada pasukan tersebut.

Jelas Schrock selepas mengalami kekalahan tersebut, beliau melihat Vietnam sebagai salah satu pasukan yang kuat dan menjadi negara pilihan utama untuk menjuarai kejohanan itu.

“Jika diberi pilihan kali ini, saya rasa Vietnam merupakan pasukan paling kuat di Asia Tenggara berdasarkan prestasi semasa.

“Tetapi dalam dunia bola sepak, saya tak mungkin boleh meneka segalanya dengan tepat,” jelas Schrock menerusi Bola.com.

Berada dalam Kumpulan A, Schrock akui Filipina bakal berdepan laluan yang berliku selepas melihat dua pasukan yang dianggap sangat sukar untuk diatasi.

Pasukan yang dimaksudkan pemain tengah berpengalaman itu ialah Indonesia dan Thailand selepas kualiti permainan dipamerkan dua negara itu cukup memberansangkan.

“Dalam Kumpulan A, kami akan menghadapi dua negara yang mempunyai komposisi permainan cukup menyakinkan iaitu Indonesia dan Thailand,” ulas beliau.

Schrock juga meramalkan empat pasukan negara dilihat mempunyai peluang terbuka untuk menjuarai Piala AFF berdasarkan prestasi semalam mereka.

Selain menganggap Thailand dan Indonesia yang mempunyai peluang merangkul kejuaraan tersebut, beliau juga melihat Malaysia dan Vietnam turut memiliki kekuatan tersendiri.

“Saya rasa ada empat negara berpeluanh untuk meraih kejuaraan edisi 2022 ini iaitu Vietnam, Thailand, Malaysia, dan Indonesia berpeluang cerah untuk bersaing sengit merebut kejuaraan itu,” tambah Schrock.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN