Tak Ditawarkan Kontrak Punca Pape Diakite Tinggalkan Terengganu

Pape Diakite

Bekas pemain pertahanan Terengganu, Pape Diakite mendedahkan yang beliau sebenarnya tidak mahu untuk keluar dari kelab tersebut.

Sebaliknya, pemergiannya adalah bertentangan dengan hajatnya yang mahu terus kekal bersama-sama pasukan tersebut.

Semalam, Terengganu mengumumkan yang Diakite dan 11 lagi pemain dilepaskan oleh kelab itu termasuklah bintang-bintang seperti Faisal Halim, Kpah Sherman dan Azalinullah Alias.

Faisal Halim & Kipre Tchetche Ketuai 12 Pemain Terengganu Keluar Kelab

Menerusi laman Facebooknya, Diakite mendedahkan yang beliau bukanlah terlalu berhajat untuk meninggalkan Terengganu untuk pasukan lain.

Sebaliknya, beliau sendiri tidak ditawarkan kontrak lanjutan oleh bekas kelabnya itu.

Tiada pilihan lain, Diakite terpaksa meninggalkan pasukan dan mencari kelab baharu untuk meneruskan kariernya.

“Kepada semua penyokong Terengganu yang saya sayangi, saya nak anda semua tahu yang saya secara peribadi tidak berhajat untuk pergi.

“Realitinya, saya sendiri tidak memperoleh tawaran daripada pihak pengurusan,” tulis Diakite di Facebooknya.

Pendedahan yang dilakukan oleh Diakite ini sekali lagi membuka pekung kepada masalah pengurusan Terengganu yang tidak cekap.

Selepas permulaan isu terbuka menerusi masa depan Nafuzi Zain dan kemudiannya Faisal Halim, kini Diakite pula mendedahkan kepincangan pengurusan Terengganu yang dilihat “tidak pandai menjaga pemain dan staf”.

Pemergian beliau pastinya tidak disenangi penyokong Terengganu kerana Diakite mempunyai potensi besar sebagai pemain.

Akan tetapi, ianya pasti akan menguntungkan pasukan-pasukan lain yang berminat untuk menguatkan kubu pertahanan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN