Penurunan Harga Tiket Piala AFF Ibarat Kemenangan Penyokong Terhadap FAM

Piala AFF 2022

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan sekali lagi tiket perlawanan untuk Piala AFF 2022 sekali lagi diturunkan menjadi serendah RM30 untuk tiket terbuka perlawanan peringkat kumpulan.

Tidak sampai 24 jam selepas FAM memberi subsidi RM5 untuk tiket peringkat kumpulan dan menerima pelbagai reaksi peminat Harimau Malaya, mereka terpaksa akur dan meletakkan harga seperti diinginkan oleh penyokong.

Ia seperti kemenangan buat penyokong setia skuad Malaysia yang sentiasa turun memberi sokongan.

TERKINI: FAM Jual Tiket Terbuka Piala AFF 2022 Serendah RM30 Sahaja!

Presiden FAM, Datuk Hamidin Haji Mohd Amin berkata, beliau memandang serius berkaitan harga tiket dan telah mengarahkan Jawatankuasa Tiket dan Stadium untuk mengkaji sekali lagi berkenaan harga tersebut.

Meskipun berada di Qatar ketika ini, Datuk Hamidin tetap mendengar suara hati peminat di tanah air.

Selain itu, beberapa harga tempat duduk lain juga diturunkan harga seperti:

  • Premium: RM70 dan RM60 kini RM50
  • Dirian utama (grandstand): RM100 dan RM70 kini RM60
  • Kanak-kanak (6-12 tahun): RM10 kini RM5

Pada mulanya, FAM menetapkan harga tiket untuk perlawanan menentang Laos dan Singapura adalah RM50 dan ini telah mengusik emosi penonton yang menganggap ianyamahal dan tidak berbaloi.

Peningkatan harga ini susulan harga peningkatan kos-kos berkaitan dalam tempoh empat tahun ini termasuklah perihal pengurusan dan penganjuran perlawanan.

Dengan penurunan harga ini, FAM berharap kehadiran lebih ramai penyokong kerana ia dapat meningkatkan lagi prestasi, semangat dan persembahan barisan pemain Harimau Malaya.

Skuad kendalian Kim Pan-gon dalan fasa terakhir menyediakan pasukan terbaik untuk menghadapi saingan terhebat peringkat ASEAN.

Untuk saingan Piala AFF kali ini, hampir separuh pemain yang bersama-sama dalam kelayakan Piala Asia 2023 tidak dapat diturunkan.

Dan Kim akan menggunakan pemain baharu bagi menghadapi saingan kali ini.

Bagi jurulatih dari Korea Selatan itu, ini memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan sesuatu dan jika berjaya memikat hatinya dengan gaya permainan seperti yang diperlukan, mereka berpeluang untuk diserapkan dalam pasukan untuk kejohanan Piala Asia nanti.

Dalam perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa menentang Kemboja baru-baru ini, Kim berpuas hati dengan prestasi para pemain beliau.

Malah, prestasi baik turut ditonjolkan anak-anak buah Kim selepas mereka berjaya membenam Maldives dengan jaringan 3-0 di Cheras.

Malaysia Kalahkan Maldives Di Cheras, Jaring 7 Gol Dalam 2 Perlawanan

Malaysia akan membuka tirai saingan Piala AFF hujung bulan ini menentang Myanmar di tempat lawan.

Harimau Malaya akan turun bermain di gelanggang keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember ini menentang Laos dan pada 3 Januari depan bagi perlawanan menentang Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN