Permainan video semakin berevolusi dari hari ke hari.
Bermula dengan permainan seperti Polystation berubah kepada Sony Playstation dan Microsoft Xbox. Playstation dan Xbox juga telah berubah dari menjadi Playstation 1 kepada Playstation 4.
Begitu juga dengan Xbox yang kini sudah menjadi Xbox One.
Kini, dunia permainan video sudah berevolusi dengan permainan bercorak Virtual Reality (VR).
Apa itu VR?
VR merupakan satu ciri permainan video moden yang memerlukan pemain menutup mata mereka dengan sebuah gogal yang mempunyai skrin di dalamnya.
Gogal itu kemudiannya dibantu dengan sebuah alat kawalan untuk mengawal permainan.
VR ini telah dimula pakai di pelbagai peranti permainan video antaranya Playsation 4 dan PC.
Ia digunakan untuk pelbagai permainan seperti Euro Truck Simulator 2, Minecraft dan Half-Life 2.
Secara asasnya, permainan VR ini tidak ubah seperti kita bermain Nintento Wii yang memerlukan pergerakan badan ketika bermain. Yang bezanya disini cuma pemain perlu memakai gogalnya sahaja.
Namun begitu, ada juga permainan VR yang memerlukan pergerakan badan ketika bermain.
Permainan VR berasaskan bola sepak
Genre sukan atau lebih khusus bola sepak juga tidak terlepas dari menjadi sebahagian daripada keluarga permainan VR ini.
Salah satu permainan VR yang berasaskan bola sepak adalah Hat Trick Header.
Hat Trick Header adalah permainan VR berasaskan bola sepak yang ada di peranti PC.
Ia memerlukan pemain untuk menanduk bola ke arah sasaran yang ditetapkan dalam masa yang ditetapkan.
Hat Trick Header ini boleh dimainkan secara sendirian (single) ataupun bermain menentang rakan-rakan (multiplayer).
Apa yang menarik mengenai permainan ini adalah jika kita berjaya menanduk bola ke sasaran yang berbeza. Ia akan berikan markah bonus dan juga senjata rahsia seperti super ball.
Permainan ini menarik untuk dicuba jika anda ingin cuba sesuatu yang baharu dan ingin lari sekejap dari permainan video yang mainstream seperti FIFA & PES.
Permainan ini boleh didapati di Steam dengan harga RM23.00 sahaja.
Selain daripada itu, terdapat juga permainan VR yang diberi nama Soccer Header.
Ia hampir sama dengan Hat Trick Header, namun ia diibaratkan anda seperti berada di padang latihan.
Hal ini kerana anda akan seperti berada dalam latihan sepakan penjuru, bola akan hadir hasil hantaran dari rakan anda yang melakukan hantaran ke dalam kotak penalti.
https://www.youtube.com/watch?v=W62k5yZBSGc
Permainan ini boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.
Baca juga: 5 Permainan Bola Sepak Yang Boleh Anda Main Jika Sudah Bosan Dengan PES & FIFA