Penang Sasar Bekas Penyerang Crystal Palace Untuk Saingan Musim 2023

Selepas sah tidak menyambung kontrak lima pemain import musim 2022, kini Penang mula giat untuk mendapatkan barisan tonggak baharu untuk memperkuatkan pasukan pada tahun hadapan.

Sebelum itu, Cassagrande, Hilal El-Helwe, Christian Rontini, Lucas Espindola, dan Endrick dos Santos menjadi barisan pemain import yang sah tidak lagi bersama Penang serta hanya seorang sahaja dikekalkan iaitu Rafael Vitor.

Rafael yang mula menyertai Penang sejak tahun 2020, menjadi satu-satunya pemain import yang masih lagi diperlukan pasukan untuk memperkukuhkan posisi pertahanan mereka.

Menurut laporan dikeluarkan oleh wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, pasukan tersebut dikhabarkan hampir pasti untuk mengikat kontrak penyerang kebangsaan Filipina iaitu Curt Dizon.

Malah, Penang juga ketika ini sedang memantau dua lagi calon import baharu untuk dibawa masuk pada musim depan iaitu Hussein El Dor di posisi pertahanan, serta Ousmane Fane yang bermain di bahagian tengah dari Perancis.

“Difahamkan bahawa Pulau Pinang hampir memeterai perjanjian untuk penyerang Filipina, Curt Dizon. Mereka juga mengintai pertahanan tengah Lubnan Hussein El Dor dan pemain tengah Perancis Ousmane Fane,” jelas kenyataan tersebut di Twitter.

Mengenai Curt Dizon, pemain ini merupakan salah satu tonggak serangan kebangsaan Filipina yang kini beraksi bersama United FC sejak tahun lalu.

Pemain ini pernah beraksi bersama Crystal Palace sewaktu awal karier beliau, sebelum berhijrah menyertai beberapa pasukan tempatan di Filipina sejak 2014.

Ia akan menjadi kali kedua berturut-turut buat Penang untuk menyasarkan pemain dari Filipina, selepas musim ini mereka telah menggunakan khidmat Christian Rontini di posisi pertahanan.

Hussein El Dor pula dijangka bakal menjadi pasangan baharu Rafael di posisi pertahanan tengah, selepas pemain kebangsaan Lubnan itu turut berada dalam radar Penang untuk mendapatkan khidmatnya.

Hussein yang pernah beraksi bersama Perak sebelum ini dijangka tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Liga Malaysia (Liga-M), berdasarkan pengalaman lalunya.

Akhir sekali, selepas Endrick sah tidak akan bersama Penang lagi, pasukan tersebut pastinya mahu mengisi kekosongan tersebut dengan kualiti pemain yang lebih baik.

Ousmane Fane juga bukan lagi satu nama asing, selepas beliau juga pernah beraksi dalam saingan Liga-M bersama UiTM sebelum itu di posisi tengah.

Ketika ini, Fane beraksi dalam saingan League One di England bersama Morecambe yang merupakan saingan divisyen ketiga dalam English football league system (EFL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN