Pemain naturalisasi baharu negara, Lee Tuck boleh dianggap berjaya mempamerkan aksi sulungnya dengan sangat cemerlang bersama skuad kebangsaan baru-baru ini.
Tampil beraksi di posisi tengah, gandingan Lee bersama David Rowley dan Stuart Wilkins jelas tampil sangat menyakinkan biarpun buat pertama kali beraksi di pentas antarabangsa.
GOOLLL!!!!
Lee Tuck 38'⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 2-0 🇰🇭 KEMBOJA#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/iay2CfZSyC
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2022
Disebabkan komitmen beliau bersama Harimau Malaya yang sangat bagus itu, beliau tidak kisah untuk diturunkan pada mana-mana posisi untuk aksi seterusnya berdepan Maldives.
Menurut beliau, jika percaturan yang dibuat oleh Kim Pan-gon itu mampu mengukuhkan terus namanya bersama skuad kebangsaan, pemain tersebut sedia untuk memberikan segalanya terbaik.
Pemain itu juga tidak mahu untuk terus berasa selesa dengan posisi semasanya dan mahu membuktikan beliau layak untuk ke pentas Piala AFF yang akan bermula tidak lama lagi.
“Saya sudah berikan segalanya yang saya ada. Saya mahu menjadi pemain yang fleksibel, saya gembira jika bermain sebagai pemain sayap dan saya juga gembira kalau diberi peranan di posisi tengah.
“Kita tidak mendapat peluang untuk bermain dengan pasukan kebangsaan pada setiap hari. Jadi saya mahu memberi sepenuh hati kepada pasukan dan juga penyokong,” katanya menerusi Berita Harian.
Walaupun sebelum ini Lee menjadi antara nama pemain yang dipersoakan oleh peminat kerana hanya beraksi 90 minit bersama Sri Pahang sepanjang saingan berlangsung, beliau berjaya membuktikan dengan begitu positif sekali.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Jumaat, 9 Disember 2022
MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇰🇭 KEMBOJA
⚽️ Faisal Halim 11' 45'+1 Lee Tuck 38' Stuart Wilkin 86'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/o2Jw2xuSa2
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2022
Pada masa sama, Lee juga menuntut agar rakan sepasukan terus mempamerkan momentum terbaik mereka untuk aksi seterusnya berdepan Maldives.
Ini kerana jika keputusan perlawanan tersebut tampil positif, ianya mampu menaikkan motivasi mereka bagi mengharungi aksi Piala AFF dengan lebih baik.
“Keputusan baik dengan Kemboja membolehkan kami lebih bersedia untuk hadapi perlawanan selepas ini namun kami perlu baiki segala kelemahan.
“Pemain sedia ada juga membantu pemain baharu untuk segera menyesuaikan diri dengan pendekatan dimahukan dalam pasukan kebangsaan,” katanya.
Debut Harimau Malaya
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Stuart Wilkin, Lee Tuck, Shamie Iszuan Amin, David Rowley, Sergio Aguero dan Aliff Izwan Yuslan memperoleh caps pertama bersama skuad kebangsaan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja, semalam.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/03DONDdHHX
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 10, 2022
Untuk rekod, Lee mula menyertai saingan Liga Malaysia sejak musim 2017 bersama Negeri Sembilan, sebelum berhijrah ke Terengganu dan terkini mewakili Sri Pahang.