2 Bekas Pemain Kedah Bakal Diikat Kelantan United?

Kelantan United yang bakal membuat kemunculan dalam saingan Liga Super musim hadapan dikhabarkan kini sudah mula membuat persiapan dari segi pemain baharu untuk ditandatangani.

Terbaharu, pasukan tersebut dikatakan hampir pasti akan membawa masuk dua bekas tonggak Kedah Darul Aman (KDA) musim ini untuk memperkukuhkan barisan pemain mereka.

Dua pemain yang dikatakan itu ialah Syazwan Zainon serta pemain tengah berkaliber, Khairu Azrin untuk membawa cabaran Kelantan United bagi musim 2023.

Perkara ini dinyatakan sendiri menerusi wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam menerusi laman Twitter miliknya dan situasi itu dilihat semakin pastu buat dua pemain tersebut menyertai Kelantan United.

“Syazwan Zainon dan Khairu Azrin yang dilepaskan pasukan Kedah Darul Aman FC bakal menyertai Kelantan United FC dan dua pemain berpengalaman itu difahamkan hanya menunggu masa untuk menandatangani kontrak musim 2023,” jelas beliau.

Seperti diketahui sebelum itu, Syazwan Zainon antara tiga bintang senior yang sah tidak akan disambung kontrak mereka bersama KDA musim hadapan dalam usaha pasukan tersebut untuk menstrukturkan kembali pengurusan pemain.

Untuk rekod, pemain tersebut mencatat 13 penampilan musim ini dalam saingan Liga Super dan hanya memberi sumbangan satu bantuan gol sahaja dengan tiada jaringan direkodkan.

Syazwan juga dilihat sebagai antara pemain yang sering dihimpit dengan isu kecederaan dan khidmatnya sering terlepas untuk beraksi dalam beberapa perlawanan.

Namun, beliau berjaya mencipta dua penampilan musim ini di pentas AFC dengan sebanyak dua penampilan telah dicatat oleh pemain sayap tersebut.

Mengenai Khairu Azrin pula, musim ini menjadi tahun pertama beliau untuk mewakili KDA dan pemain tersebut berjaya beraksi dengan sangat baik di posisi tengah.

Tatkala pemain import KDA iaitu Dechi Marcel mengalami kecederaan, tampil Khairu untuk menggantikan beliau dan memberi sumbangan amat baik di posisi tersebut dengan 15 penampilan dalam Liga Super.

Kemasukan dua pemain ini dilihat sangat penting buat Kelantan United dalam usaha mereka untuk mengukuhkan posisi tengah dan serangan pada musim hadapan.

Walaupun Syazwan mungkin dilihat semakin berusia, namun faktor pengalaman beliau menjadi penyumbang terbesar untuk membantu menaikkan barisan pemain muda kelab tersebut.

Selain itu, difahamkan juga pasukan tersebut bakal mengikat salah seorang pemain paling senior dalam negara ketika ini iaitu Indra Putra Mahayuddin untuk menambah sengat di posisi serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN