Kehangatan Piala Dunia 2022 di Qatar kali ini sememangnya menjadi tarikan kepada setiap peminat-peminat bola sepak di serata dunia untuk menyaksikan temasya berprestij tersebut.
Malah, ada yang sanggup mengambil cuti dengan satu tempoh masa yang agak lama demi untuk menjadi sebahagian daripada peminat yang hadir di Qatar kali ini.
Welcome to the World Cup: a dance-off between the Arab & Brazil fans. What a video. pic.twitter.com/0Oud2s1vzC
— EuroFoot (@eurofootcom) November 26, 2022
Di Malaysia, perkara itu juga tidak terkecuali, apabila ada beberapa rakyat tempatan dilihat berada di sana untuk menyaksikan beberapa perlawanan pilihan mereka selain terbabit untuk membuat liputan.
Terbaharu, Harian Metro melaporkan salah seorang menteri tidak hadir menyertai mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini setelah dilaporkan telah berlepas ke Qatar untuk suatu urusan.
Menurut akhbar berkenaan, menteri yang dimaksudkan itu ialah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Mengenai isu Tengku Zafrul yang sudah berlepas ke Qatar itu disahkan sendiri menerusi pegawai Pejabat Perdana Menteri dengan alasan beliau mempunyai urusan.
Walaubagaimana pun, pegawai tersebut jelas tidak memaklumkan atas sebab apa Tengku Zafrul berlepas ke Qatar dan ianya menjadi tanda tanya di media sosial.
#Putrajaya Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tidak menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini.https://t.co/lVwejlpe6Y
— Harian Metro (@hmetromy) December 5, 2022
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini, tiga hari selepas senarai anggota Jemaah Menteri diumumkan Jumaat lalu.
“Barisan Kabinet dianggotai 28 menteri serta dua Timbalan Perdana Menteri, selain Anwar sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.
“Mesyuarat pertama yang dihadiri Jemaah Menteri kecuali Tengku Zafrul itu bermula jam 10 pagi,” jelas kenyataan daripada Harian Metro.
Untuk memperkuatkan spekulasi tersebut, satu akaun Twitter milik Nik Amirul Faiz turut memberi bayangan sebelum itu mengenai salah seorang menteri yang digelar sebagai ‘Z’ tidak hadir mesyuarat tersebut hari ini.
Jelas beliau, menteri yang diberi gelaran ‘Z’ telah pun berlepas ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini di Qatar.
Namun jika benar Tengku Zafrul hadir di Qatar kerana untuk menyaksikan Piala Dunia, ianya mungkin tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kepada beliau.
Ini kerana, menteri tersebut mungkin sudah mendapatkan tiket untuk salah satu perlawanan di sana dengan lebih awal dan pastinya sudah dirujuk terlebih dahulu kepada Anwar Ibrahim.
Dapat berita daripada burung hud2 iaitu Z; menteri Mee-Tee tak hadir meeting kabinet harini.
Clock in awal2 sabtu hari tu, lepas tu ikut Y tengok Weld Kap di Qotor.
Harap2 tak betul. Kalau betul, besar sangat kepala Z nih…
Mungkin di #multiverse berlainan agaknya.
🤔
— Bro Nick (@nafmy13) December 5, 2022
Malah, pengalaman Tengku Zafrul disana juga boleh menjadi panduan terbaik buat Malaysia selepas ini untuk menilai jika kita sudah mampu atau tidak untuk menganjurkan Piala Dunia pada masa akan datang.