Tonggak Pertahanan Indonesia Cedera Sebelum Piala AFF Bermula

Menjelang saingan Piala AFF 2022 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, persiapan yang dibuat oleh kem kebangsaan Indonesia sedikit tempang selepas ada pemain mereka mengalami kecederaan.

Elkan Baggott yang kini beraksi di England mengalami kecederaan pada aksi liga baru-baru ini ketika pasukan diwakilinya iaitu Gillingham FC menentang Salford City.

Baggott yang merupakan salah satu tonggak pertahanan muda berbakat Indonesia kini sedang beraksi di England untuk saingan League Two bersama Gillingham selepas beliau dipinjamkan oleh Ipswich Town.

Kecederaan yang dialami Baggott kini dikhabarkan masih belum diketahui keputusannya dan pasukan perlu menunggu jawapan selepas 48 jam untuk pemantauan.

Ketika ini, Baggott masih lagi belum menyertai kem latihan pusat Indonesia yang diadakan di Bali, kerana beliau masih lagi mempunyai tugasan bersama Gillingham.

Pada perlawanan tersebut, pasukan diwakili pemain tersebut mencatat kekalahan buat Salford City dengan keputusan penuh 0-3 dengan aksi ditampilkan agak lemah.

Pemain yang berusia 20 tahun itu tampil selaku pemain gantian pada minit ke-60 dalam usaha untuk menambah kekuatan di posisi pertahanan pasukan.

Namun Baggott terpaksa diusung keluar lebih awal selepas pemain tinggi lampai itu mengalami kecederaan di bahagian kepala pada minit ke-83.

“Pada pandangan saya, Baggott mungkin mengalami luka atau benjol di bahagian kepala kerana insiden tersebut.

“Saya akan mendapat maklumat seterusnya mengenai pemain tersebut selepas saya bercakap dengan pakar perubatan dan keputusan mungkin diketahui selepas 48 jam,” ujar Neil Harris selaku pengendali kelab menerusi CNN Indonesia.

Menerusi kecederaan dialami Baggott, beliau mungkin tidak dapat diturunkan untuk aksi Piala FA pusingan kedua menentang Dagenham & Redbridge pada Jumaat akan datang.

Untuk saingan Piala AFF ini, Baggott menjadi antara tonggak yang dipanggil oleh Shin Tae-yong untuk menyertai kem latihan pusat dalam persediaan menghadapi kejohanan tersebut.

Walaubagaimana pun, peluang untuk Baggott bersama Indonesia mungkin agak sukar kerana pasukan tersebut masih mempunyai beberapa perlawanan penting untuk dihadapi selepas ini.

Tambahan pula, Piala AFF tidak ada dalam kalendar FIFA yang menyaksikan Gillingham mungkin tidak akan melepaskan pemain tersebut bersama Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN