Masa depan Liga Indonesia ketika ini masih lagi menjadi persoalan ramai, apabila sehingga kini masih belum ada tarikh tetap untuk saingan tersebut kembali bersambung.
Perkara ini jelas menyebabkan banyak pasukan yang agak terkesan dan salah satu kelab yang mula menyuarakan kebimbangan tersebut ialah PSS Sleman.
Sugeng ambal warsa coach Seto 🦅
Mugi tansah pinaringan berkah lan sehat wal 'afiat 💚🟢#PSS #COSE pic.twitter.com/01qOaOzYHy
— PSS (@PSSleman) April 14, 2022
Pengendali kelab tersebut iaitu Seto Nurdiyantoro mengakui kesan penundaan tarikh itu bukan dirasai oleh para pemain kendaliannya dari segi fizikal sahaja, malah emosi dan mental mereka juga kini sedikit terganggu.
Saingan Liga 1 Indonesia terpaksa dihentikan seketika untuk memberi ruang siasatan dibuat selepas tragedi berdarah yang berlaku di Kanjuruhan sebelum itu telah meninggalkan titik hitam buat sukan bola sepak di sana.
Selepas dua bulan tragedi tersebut berlaku, saingan liga yang masih ditunda sehingga kini menyaksikan setiap pasukan bertanding hanya mampu menjalani sesi latihan biasa tanpa sebarang perlawanan kompetitif.
Momen uji tanding sore tadi kala Super Elja bersua Barito Putera.
Laga berakhir dengan skor 2-0 bagi PSS lewat gol Todd dan Hokky 🦅#PSS #UnityForOurGlory pic.twitter.com/iHq9dPpB2O
— PSS (@PSSleman) December 2, 2022
“Pada pendapat saya, selepas saingan liga yang ditunda ini telah pun mempengaruhi buat para pemain dari segenap aspek.
“Kami sudah pun berlatih dan menjalankan pelbagai aktiviti lain, tetapi tidak dapat mengharungi aksi kompetitif dan secara tak langsung ia mempengaruhi mental dan fizikal para pemain,” jelas Seto menerusi Bola.com.
Walaupun masih belum mengetahui tarikh sebenar untuk saingan liga kembali bersambung, para pemain PSS Sleman jelas masih lagi sibuk dengan membuat persiapan selain beberapa aksi persahabatan dirancang.
Pada asalnya, Liga 1 Indonesia dijangka bakal kembali bersambung pada bulan ini, namun disebabkan beberapa hal menyaksikan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) tidak dapat membenarkannya lagi.
Untuk menangani masalah mental yang mula dialami oleh para pemain akibat tekanan tanpa sebarang aksi kompetitif, pengurusan kelab tersebut berusaha sedaya upaya untuk memastikan motivasi mereka kekal stabil.
“Apapun kami tetap menyatakan kepada para pemain mereka masih lagi bekerja untuk kelab dan mudah-mudahan gaji yang kami terima ini halal walaupun tidak beraksi.
“Banyak latihan yang sudah kami harungi untuk mengesan kelemahan pasukan dan saya masih ingatkan para pemain untuk kekal fokus atasinya.
Today's training exercise ⚽⚽
Jump high and run fast, Eagles! 🦅#PSS #UnityForOurGlory pic.twitter.com/RvtZhgAsAi
— PSS (@PSSleman) November 28, 2022
“Mengenai saingan liga akan kembali bersambung atau tidak, kami masih lagi belum mengetahuinya dan membuatkan kami rasa agak kecewa.
“Harapan kami sangat nyata, supaya pihak bertanggungjawab menguruskan saingan liga ini dapat memberi jawapan secepat mungkin mengenai masa depan liga Indonesia,” tambah Seto.