Mengenang Memori Derbi Barat Laut Bersama Gary Neville Dan Jamie Carragher

Gary Neville dan Jamie Carragher telah mengimbau kembali beberapa detik klasik dan kenangan daripada derbi Barat Laut (Nort West Derby) melibatkan Liverpool v Manchester United yang akan berlangsung pada awal pagi esok di Anfield

Berikut adalah perbualan kedua-dua mereka di HQ Skysports.

Liverpool 3-1 Man Utd, Mac 2011 – Carragher Mengasari Nani, Tidak Dilayangkan Kad Merah

skysports-carragher-picture-liverpool-v-man-utd_3807250

CARRA: Bukan detik yang saya gemari. Ia lebih kepada sedikit simulasi daripada Nani, bukan? Namun ada cerita yang lagi menarik…

NEVILLE: Rasanya mungin sebab awak tidak mendapat kad merah !

CARRA: Haha. Tidak, bukan bentesan itu ‘cerita menarik’, tetapi reaksi Wayne Rooney. Saya menarik pengadil ( Phil Dowd) dan berkata ‘dia (Nani) cuma menewaskan saya dengan kemahiran.

Semua orang sedang tegang dan saya menghampiri (Dowd), lebih seperti profesional yang berpengalaman. Tiba-tiba Rooney datang dan berkata ‘awak tak akan percaya, dia (Nani) sedang menangis.’

NEVILLE: Adakah awak memang mahu mengasari dia (Nani)?

CARRA: Tidak, pada masa itu ada pemain cedera. Saya ditukarkan ke bek kanan. Melihat keadaan itu Alex Ferguson pantas menukarkan Nani ke sayap kiri.

Pada masa itu saya perlu mengawal ketat Nani, ataupun cuba melakukan bentesan atau terpaksa melakukan faul.

Tidak mungkin saya membiarkan dia melepasi saya begitu sahaja. Saya melakukan terjahan. Bola melompat dan kaki saya terkena kaki Nani.

NEVILLE: Adakah awak rasa ia adalah kad merah ketika itu?

CARRA: Ya! Saya melihat reaksi tegang semua pemain. Saya pula segera mendapatkan Phil Dowd sendiri, bercakap sepatah dua dan kami membuat sedikit perjanjian.

Man Utd 1-0 Liverpool, Januari 2006 – Neville Mencium Badge Selepas Jaringan Jaringan Kemenangan Lewat Rio Ferdinand

me1

NEVILLE: Sebenarnya ia lebih kepada membalas balik. Penyokong Liverpool suka sangat menyanyi lagu-lagu mengejek saya. Kerana adat permainan (Neville vs. Penyokong) saya perlu membalas balik.

Sukar dipercayai, ia adalah gol kemenangan minit terakhir dan akhirnya saya boleh membalas balik pada hari itu. Saya didenda £10,000 untuk benda macam tu.

CARRA: Berbaloikah?

NEVILLE: Sudah tentu, ia nilai yang sama digantung 120 perlawanan!

Ia mungkin salah satu detik terbaik kerana kami ketika itu. Kami berjuang setelah gagal memenangi liga selama tiga tahun. Ia menjadi detik indah yang lama sudah tidak kami rasakan, menang ke atas Liverpool pulak tu.

Setiap kali ada antara kami menjaringkan gol kemenangan menentang Liverpool, saya akan meraikannya. Secara peribadinya saya berpendapat, itulah yang seharusnya.

Steven Gerrard juga pernah meraikannya di hadapan peminat United beberapa kali, Robbie Fowler juga.

Man Utd 0-1 Liverpool, December 2000 – Liverpool Sepakan Percuma Kemenangan Danny Murphy

me6

CARRA: Saya rasa ini adalah kemenangan pertama saya dan beberapa lagi pemain bawah Gerard Houllier di Old Trafford.

NEVILLE: Rasanya saya ingat, pada masa itu saya memberikan sepakan percuma dari jarak jauh kerana handball.

CARRA: Selepas kemenangan tersebut, kami menang empat atau lima perlawanan. Ia memberikan suntikan psikologi.

Ia sangat bermakna untuk pemain seperti saya, Michael Owen, Danny Murphy, dan Steven Gerrard, pada masa itu kami masih muda.

Neville: Seya ingat lagi pasukan Houllier yang menyeramkan dengan serangan balas yang begitu menakutkan. Mirip Leicester di musim lalu.

Walaupun Leicester mungkin lebih baik namun itulah cara pasukan Houllier beraksi, padat di bahagian pertahanan dan tengah, kemudian menyerang balas menerusi Owen.

CARRA: Tidak keterlaluan untuk saya katakan pada musim tersebut kami akhirnya tahu cara menewaskan Manchester United dengan cara bermain selepas kemenangan di final pada tahun 2003.

Liverpool 1-0 Man Utd, February 2006 – Neville Bersedia Melakukan Lontaran Ke Dalam Di Hadapan Penyokong Liverpool

me7

NEVILLE: Saya pernah tweet gambar ini beberapa tahun yang lalu dengat kapsyen ‘selamat datang ke Anfield’ sebagai usikan dengan gambar saya mengambil lontaran ke dalam dan di belakang saya penuh dengan isyarat tangan.

Mereka tidak berpuas hati, termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Gambar ini lebih baik..

Gary Neville of Manchester United gets a warm welcome from Liverpool fans at Anfield

dari yang ini..

me3

..kerana yang ini tidak ada rupa yang benar-benar membenci, ada mereka yang nampak bersimpati dengan saya.

Liverpool 2-3 Man Utd, September 1999 – 2 Jaringan Sendiri Carragher

me4

CARRA: Tak banyak yang saya ingati pada masa itu selain daripada aksi debut Massimo Taibi (sambil ketawa). Saya menukar subjek ni, boleh tak?

Baiklah, kami kalah 3-2 dan itu adalah musim panas pertama Houllier. Ramai pemain baru masuk termasuk bek tengah. Ia memberikan banyak tekanan kepada saya kerana pembelian dua pertahanan tengah.

Saya seperti hanya menunggu masa untuk dikeluarkan dari pasukan ini. Saya hilang fokus. Rasanya saya telah memberikan penjelasan yang terbaik kepada beliau (Houllier).

NEVILLE: Bukankah dia (Houllier) menukarkan awak ke bek sisi selepas itu?

CARRA: Ia bukan tidak secepat itu. Stephane Henchoz dan Sami Hyypia datang. Jadi pada dasarnya saya perlu belajar posisi baru.

Man Utd 2-1 Liverpool, Mac 2010 – Carragher Dan Neville Bertelagah Selepas Bentesan Javier Mascherano

me5

NEVILLE: Mascherano telah menarik dan menjatuhkan seorang pemain, saya tidak ingat.. mungkin Ronaldo (sebenarnya Valencia, dan pengadil Howard Webb memberikan sepakan penalti kepada United. Rooney menjaringkan gol hasil tindakan susulan selepas penalti beliau ditepis Reina)

CARRA: Mascherano tidak pernah dibuang padang, sehinggalah awak di tengah-tengah sana bersungguh-sungguh mahukan dia dibuang padang.

NEVILLE: Saya meluru ke arah pengadil kerana salah satu perkara penting dalam perlawanan ini, semua orang mahu mempengaruhi pengadil untuk memberikan kad merah segera kepada mana-mana pemain yang berpotensi dibuang padang.

Dia (Carragher) tahu apa yang saya lakukan dan dia kerap melakukan perkara yang sama. Anda akan pergi ke arah pengadil, dan bertanya ‘awak akan ambil tindakan kan?’

CARRA: Saya cuba menjauhkan Mascherano daripada pengadil kerana saya dah tahu apa yang bakal berlaku.

NEVILLE: Salah satu perkara dalam perlawanan besar adalah cuba mempengaruhi pengadil. Anda terpaksa! Arsenal melakukannya, Liverpool melakukannya, kami pun melakukannya.

Saya sangat yakin awak (Carragher) boleh mempengaruhi pengadil. Ia bukan kerana awak seorang penipu atau main kotor tetapi ia adalah tekanan bermain di Anfield atau Old Trafford, dengan tekanan yang tinggi, ia tidak mudah.

Mustahil untuk mencari pemain yang jujur dan memberitahu kebenaran. Dia cakap lain, saya pula cerita benda yang betul, sebaliknya peminat pula mengatakan sesuatu yang berbeza.

Pengurus di luar padang turut cuba untuk melakukan perkara yang sama.

Walaupun ia tidak mampu mengubah keputusan pengadil, tetapi ia akan memberikan pengadil pandangan yang berbeza kepada seseorang pemain sepanjang perlawanan.

Ia tidak sepatutnya kad merah tetapi ia sudah diberikan kad merah.

NEVILLE: Itu sudah biasa berlaku dalam perlawanan Liverpool vs United permainan, pemain akan cuba menolak rakan mereka dan pemain lain supaya jauh daripada pengadil.

Jangan lupa saksikan derbi antara bandar terbesar dalam bola sepak dunia pada awal pagi esok.

Baca juga: Sejarah Permusuhan Manchester United Dengan Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN