Pengendali Sepanyol, Luis Enrique mengakui yang lawan mereka dalam perlawanan kedua Qatar 2022 adalah sama bagus dengan La Roja.
Menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan pada pagi Isnin waktu Malaysia, Enrique berasakan yang Jerman masih merupakan lawan yang sukar untuk ditumbangkan walaupun sebelum ini mereka kalah kepada Jepun.
Qatar 2022: Persis Arab Saudi Tumbangkan Gergasi, Giliran Jepun Malukan Jerman
Enrique berasakan yang Jerman pastinya akan menyerang berhabis-habisan kerana itu sahaja pilihan yang mereka ada.
“Semestinya mereka tiada pilihan lain selain selepas keputusan perlawanan pertama.
“Pada saya, pasukan kebangsaan Jerman sentiasa akan bermain permainan bola sepak menyerang. Mereka akan sentiasa cuba menekan dan cuba untuk menguasai bola,” kata Enrique.
Walaupun menyedari cabaran yang getir bakal dihadapi oleh Sepanyol, Enrique mengalu-alukan tentangan hebat Jerman dalam perlawanan kedua.
Hal ini kerana, kedua-dua pasukan pastinya akan melakukan apa sahaja untuk memperoleh tiga mata.
“Ianya adalah satu cabaran, cabaran yang indah buat kami. Kerana kami juga peroleh sasaran yang sama.
“Kami juga mahu mengawal permainan, mendominasi dan menekan tinggi dan ini pasti akan menjadi sebuah perlawanan yang terbuka.
Bagaimana pun, Enrique mengakui yang Sepanyol tidak akan terlalu mencuba dalam perlawanan ini dengan melakukan perubahan taktikal yang melampau.
Sepanyol akan bertemu Jerman pada jam 3 pagi ini waktu Malaysia.