Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan bagaimana Antonio Rudiger menganjing Takuma Asano ketika kedua-dua mereka bertemu dalam aksi Jepun bertemu Jerman semalam.
Jepun berjaya mengejutkan peminat seluruh dunia selepas kejayaan mereka menewaskan Jerman 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan E, saingan Piala Dunia di Qatar.
Takuma Asano dan Ritsu Doan berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, seterusnya membantu Jepun untuk mencatatkan kemenangan.
Antonio Rudiger blasted for ‘disrespecting’ Japan stars with wacky run in World Cup losshttps://t.co/baQhhRgJ19
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) November 23, 2022
Jerman sementara itu sekadar memperoleh gol saguhati menerusi Iker Gundogan yang cemerlang menyempurnakan sepakan penalti pada aksi babak pertama permainan.
Skuad kendalian Hansi Flick itu jelas sekali mendominasi permainan namun mereka gagal untuk memperoleh tambahan jaringan hasil dari kesempatan-kesempatan yang ada.
Jepun sementara itu berjaya memperoleh dua gol pada aksi babak kedua dan jelas sekali skuad Samurai itu sememangnya sangat cemerlang sepanjang 45 kedua permainan.
Didi Hamann blasts Antonio Rudiger for disrespecting Takuma Asano https://t.co/kWMObScIh4
— Mail Sport (@MailSport) November 23, 2022
Harus diakui yang Jepun sememangnya berhak untuk menang dalam perlawanan ini selepas melihat usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang perlawanan.
Rudiger menganjing Asano
Tular sebuah video yang memperlihatkan bagaimana Antonio Rudiger menganjing pemain gantian Jepuan, Takuma Asano.
Asano ketika itu sedang membawa bola di sudut tepi padang dalam usahanya mahu membawa bola masuk ke kotak penalti Jerman.
Rudiger sementara itu sedang mencabar Asano yang menolak bola ke depan sebelum cuba mengejarnya semula.
Kedua-dua pemain berlari pantas dalam usaha mereka mahu memenangi bola, namun Asano jelas sekali tidak mampu untuk tandingi kepantasan yang dimiliki oleh pemain pertahanan Jerman itu.
Sedap menganjing orang sudahnya dia yang menangis. pic.twitter.com/rd7FLN9Mpb
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) November 24, 2022
Antonio Rudiger completed more passes (𝟲𝟰) in that first half than the entire Japan team (62) 💪 pic.twitter.com/t9vt9Svw1x
— LiveScore (@livescore) November 23, 2022
Lebih menarik lagi, Rudiger turut menganjing Asano dengan gerakan larian pelik dan juga reaksi wajah yang jelas sekali sedang menganjing lawannya.
Gaya larian yang beliau tunjukkan sebelum bola keluar mencuri perhatian peminat dan detik tersebut dianggap antara yang paling mencuri tumpuan dari perlawanan ini.
Walau bagaimanapun, kegembiraan Rudiger menganjing Asano tidak kekal lama selepas pemain gantian Jepun itu muncul wira menjaringkan gol kemenangan negaranya.