Manny Ott Antara Bakal Iringi Nafuzi Zain Sertai Kedah Musim Hadapan

Nafuzi Zain kini hanya menunggu masa sahaja untuk diumumkan selaku pengendali baharu Kedah Darul Aman (KDA) pada musim hadapan, selepas beliau sah tidak lagi bersama Terengganu.

Pencapaian terbaik beliau yang membawa Terengganu untuk menamatkan cabaran Liga Super di tangga kedua, naib juara Piala FA, serta separuh akhir Piala Malaysia menjadikan Nafuzi kini tumpuan utama selaku salah seorang jurulatih tempatan yang berkualiti.

KDA yang sebelum itu kehilangan Aidil Sharin Sahak kini menunggu masa sahaja untuk mengumumkan Nafuzi selaku pengendali utama mereka, dan dijangka ada beberapa perubahan lagi bakal berlaku.

Antara perubahan lain dalam skuad, mereka juga bakal diperkuatkan dengan beberapa pemain import baharu pada musim hadapan, yang juga merupakan pilihan Nafuzi sendiri.

Menurut perkongsian Zulhelmi Zainal Azam selaku wartawan Astro Arena, beliau mengesahkan Manuel Ott antara yang bakal menyertai Nafuzi bersama KDA bagi saingan musim hadapan.

“Nafuzi Zain ucap selamat tinggal, bakal mengendalikan Kedah Darul Aman FC musim depan. Difahamkan Manuel Ott turut menyertai Nafuzi dan pertemuan menentang Selangor FC malam ini turut jadi penampilan terakhir Faisal Halim bersama Terengganu FC,” jelas Zulhelmi menerusi Twitter.

Selain itu, difahamkan juga penjaring terbanyak Selangor musim ini iaitu Herlison Caion turut berada dalam radar KDA berdasarkan sumber yang kami terima.

T. Avineshwaran pula, memaklumkan dua lagi tonggak serangan Terengganu musim ini bakal menyertai KDA tahun hadapan iaitu Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

Lebih menarik, kedua tonggak serangan ini pernah bersama KDA sejak dua musim lalu dan menjadi antara tunjang pasukan tersebut dalam penghasilan gol selama berada bawah kendalian bekas pengendali, Aidil Sharin Sahak.

Nafuzi menamatkan perlawanan terakhir beliau bersama Terengganu dengan memberi kemenangan buat pasukan tersebut, selepas mereka berjaya menundukkan Selangor untuk aksi separuh akhir Piala Malaysia 2022 di laman sendiri.

Malangnya, kemenangan tersebut tidak mampu melayakkan Terengganu ke final selepas mereka tewas secara agregat 2-3 dan jaringan tunggal Tchetche Kipre tidak cukup untuk membantu pasukan tersebut mara ke pusingan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN